Sabtu, 16 Mac 2024

Nota TANPA hari serta tarikh!

 💕 Hati dan jiwa mula menggila bagaikan deruan ombak di waktu musim tengkujuh. Bercelaru bagaikan tiada penghujung yang nyata! Ya Allah!! Rupa-rupanya hambaMU yang dhaif ini hilang arah hidup kerana lemah iman. Tersasar diriku ke lembah kegelapan dalam meraba-raba rahmat dan petunjukMU.


💕 Ku mencari-cari sinar keimanan di sebalik rimbunan kasih sayangMU Tuhan. Di sepanjang perjalanan yang aku lalui, terdapat lembah-lembah yang membinasakan dan mencelakakan diriku seandainya diriku enteng pada laranganMU, na'uzubillah Min Zaalik Ya Rabbi
!!


💕 Langkahku tidak terhenti tetapi aku termangu-mangu kebingungan menantikan hadirnya sebuah pengharapan dariMU Ya Ilahi...


💕 Sebuah kebencian kepada seseorang tidak perlu berpanjangan malah perlu dijauhkan persaaan tersebut agat tidak menjadi dendam. Astaghfirullahal'azim!!!


💕 Ya Allah, hadirkanlah kedamaian dan ketenangan dalam diri dan jiwa hambaMU, aamin.


💕 Ya Allah, leraikanlah aku dari keluh kesah kerana aku akan lalai daripada nikmatMU, na'uzubillah!

Ahad, 17 Disember 2023

Pasrah dengan ketentuan Ilahi.

 26/10/2023

💜 Dalam kelas 5F, menanti waktu untuk masuk kelas 4A.. 11.37 Pagi.

Ujian yang datang untuk menguatkan langkah kaki yang longlai.. Semangat yang pudar perlu diisi dengan sesuatu yang membangkitkan jiwa. 

Ya Allah, hambaMU ini sangat lemah..hambaMU  ini sangat rapuh jiwanya..hambaMU ini sering khilaf dalam membuat keputusan..kuatkanlah kaki & langkah hambaMU ini Ya Rabbul Izzati..Suburkanlah semangat yang kental & perasaan yang takkan pernah gentar dengan badai yang bergelora. Diriku kuat keranaMU Ya Rabb..Peluklah hambaMU ini dengan rahmat kasih sayangMU..Pandanglah hambaMU yang hina dina ini dengan belas kasihan Ya Allah 😭..

TENANG .

 Dalam kelas tahun 5 Firdaus.

#sritisaujanautama

Alhamdulillah...setelah sekian lama mengharungi perit jerih, suka duka, sakit pedih dalam mencari sebuah kebenaran & ketenangan, diriku kini mengorak langkah untuk lebih mencari makna sebuah kehidupan ini.

Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMU yang lemah lagi hina..berikanlah daku petunjuk & hidayahMU kepadaku..Semakin ku mengenali erti sebuah kehidupan, semakin ku memahami bahawa, diri ini tidak punya apa-apa..Tuntunilah langkah kaki ini dalam menggapai cintaMU. Aku tidak punya apa-apa jika Engkau tidak mengizinkan ianya terjadi..

Ya Allah, genggamlah erat hatiku agar tidak mudah tergoda & ternoda setelah Engkau memberikan petunjukMU..

Ya Allah, ketenangan yang ku dapat sekarang ini tidak mudah Ya Rahman.. ranjau onak duri & berliku telah aku lalui.. sakit.. tersangat sakit Ya Rabbul Jalil..tapi..Engkau Maha Pengasih Ya Allah..

Semoga dengan ketenangan ini, daku dapat menjadikan kehidupan pada masa akan datang lebih bererti & bernilai.

Ya Rabb, Engkau permudahkanlah segala urusan  hambaMU yang hina ini..semoga ada rezeki yang lebih baik buat kami sekeluarga.. Semoga ada rezeki buat suamiku, Muhammad Helmi Firdaus Bin Yusoff untuk LULUS iv SPP, aamin 💖👐.

Tinta hati .

 26/10/2023.

💝 Sungguh sakit menerima takdir Ilahi, namun redha adalah jalan terbaik untuk diri. Allah Yang Maha Esa tidak akan sesekali menzalimi hambaNYA..DIA punya jalan tersendiri buat hambaNYA.. Terima bukan kerana keterpaksaan tetapi kerana kita hambaNYA yang dhaif lagi hina.. Maafkan hambaMU ini Ya Rabb 😢👐.


💝 Ubat yang paling mujarab adalah menginsafi kejadian kita sebagai hambaNYA yang lemah..kembali kepada Allah dengan bersih ibarat bayi yang baru lahir 👐.

Hari yang santai tetapi penuh suka duka..

 15/8/2023

Marah anak-anak 6F iaitu Aisyah kerana tiada buku..tetapi bukunya ada di rak belakang kelas.. tak pasal2 1 kelas ku jerit..anak2..masuk kelas 4N, pembaris kuning panjang kelas ustaz Rais patah dek kerana ku rotan Irfan, alasan sama ; tak bawa buku, buku hilang..hurm..sabau je la anak..nak memanusiakan manusia ni punyalah memerlukan kesabaran yang teramat tinggi..maafkan ustazah, doakan ustazah..

Perjuangan ini masih terlalu jauh bagi insan sepertiku..masih banyak ilmu yang aku perlu timba..masih perlu belajar kawal emosi..ustazah marah kerana sayangkan kalian..tak apa jika kalian tak sukakan ustazah, ustazah faham.. 1 hari nanti kalian akan faham jua 😭..

Cerita hati seorang guru.

2/8/2023  ( SRITISU, Dalam bilik guru perempuan waktu rehat tengahari ).

Kasih sayang seorang guru TIDAK AKAN PERNAH TERHENTI dek kerana sikap mereka yang acuh tidak acuh untuk belajar. Ini kerana, mereka sedang melalui proses tentang erti sebuah kehidupan...

Berjalanlah duhai anak mencari makna sebuah kehidupan ini kerana, perjalanan kehidupan kalian masih panjang.... Kalian akan mengerti pada suatu hari nanti...

Daku hanyalah seorang penyampai yang menyampaikan secebis pengertian tentang hakikat dunia yang fana 😓..

Maafkan ustazah, doakan ustazah..sayang kalian kerana Allah 😊. Tuhan, jagakan mereka untukku 👐.


Isnin, 21 Ogos 2023

Maafkan sayang 😭


 Sebentuk cincin dibeli dengan permintaan saya..namun pada akhirnya terpaksa dijual kerana kami memerlukan wang..hanya Allah Yang Maha Tahu perasaan pada saat ketika itu..semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik..

Nota TANPA hari serta tarikh!

 💕 Hati dan jiwa mula menggila bagaikan deruan ombak di waktu musim tengkujuh. Bercelaru bagaikan tiada penghujung yang nyata! Ya Allah!! R...