Rabu, 16 Disember 2015

MASA LALU



MASA LALU
Muhasabah Diri Setiap Masa
Masa lalu yang ku tinggalkan.
Terasa kebahagiaan yang mendakap,
Semakin dekat dan hampir dengan rahmatNya,
HidayahNya datang tatkala hati dan perasaan bertarung hebat,
Diri semakin jauh tersasar akibat “nikmat” dosa,
Alpa, leka, selesa dengan buaian nafsu,
Sesungguhnya mati itu pasti,
Walaupun tarikh dan waktunya belum dikenalpasti.

Saat hidayahNya datang,
Kebahagiaan menyelubungi diri,
Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan,
Bagi menggambarkan “rasa” ini,
Hanya DIA tempat mengadu,
Hanya DIA tempat kembali.

Ya Allah, terima kasih kerana meluruskan kembali jalanku,
Hampir  aku tersungkur, tetapi dengan rahmatMu aku tersedar,
Meneruskan kembali sisa baki kehidupanku..
Terima kasih Ya Rabb…

# 9/7/2015, SARAN, RAWANG, SELANGOR

# Cinta tanpa maksiat
# Hindari dosa, raih pahala
# Cinta sebenar, hanya pada Allah
# Ya Allah, tetapkanlah daku dalam cintaMu

# Cetusan Khilaf : Ummu Norain Binti Abdol Manas.

Jumaat, 24 Julai 2015

Renungan Bersama..

Sabda Rasulullah S.A.W :
         "Sesungguhnya dunia itu tempat persinggahan, bukan tempat menetap. Dan sesungguhnya kematian itu suatu kepastian yang tidak dapat ditunda lagi. Jika ia tidak datang hari ini mungkin besok, dan jika tidak datang besok mungkin lusa".

Saidina Ali Karamallahu Wajhah :
"Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menjauhkan diri dari ketetapan Allah, dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai akhirnya ia ditimpa kecewa & sesal yang tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak difikirkannya". 
Tadabbur Dengan Ciptaan Ilahi Yang Teramat Indah & Sempurna  

Aidilfitri Tahun Ini Hambar...

                                                        Bismillahirrahmanirrahim..

Tabahlah Duhai Sayang, Allah Bersamamu..
      Sesungguhnya masalah yang datang itu adalah ujian buat kami sekeluarga.Tetapi raya pada tahun ini, kami sekeluarga betul-betul di uji dengan begitu hebat.Sesungguhnya apa yang berlaku terselindung seribu satu hikmah di sebaliknya.Semoga umi abah kuat & tabah untuk menghadapinya.Biasanya kalau raya semua orang bergembira kan..Tapi raya pada kali ini,biasa sahaja bagiku, tidak seperti tahun-tahun sudah.Perasaan pun..Entah,macam xde perasaan jer beraya tahun ni.Allahu akbar,berikanlah daku kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi semua ini.Aku tidak ingin menangis lagi Ya Rahman kerana..aku sudah penat dengan air mata..Ujian itu datang untuk menguatkan,bukan untuk melemahkan.Bersabarlah wahai hati.Tabahlah wahai ibu ayahku.Aku bersamamu menghadapi ujian yang maha hebat ini..                  
اصبر يا قلبي
..ان الله معنا

Ahad, 22 Februari 2015

Muslimah

Wanita Yang Ku Inginkan,
Adalah wanita yang mempunyai budi pekerti,
Hidupnya adalah untuk Ilahi,
Kata bicaranya datang dari naluri,
Ikhlas, benar dan suci,
Yang boleh mendamaikan hati.
Wanita Yang Ku Inginkan,
Adalah hidup dengan kesederhanaan,
Namun dia punya keimanan dan ketaqwaan,
Bagi menghadapi sebarang cabaran,
Berbekalkan tingginya ketaqwaan kepada Ilahi
Penghargaan dan kepasraan pada Tuhan.
Wanita Yang Ku Harapkan,
Pada sifat kewanitaan,
Bersama sifat keibuan,
Yang boleh menyejukkan tatkala kepanasan,
Sentiasa tunduk dengan ketaatan,
Sujud dan rukuk walau kesejukan,
Pada kegelapan malam yang dingin,
Wanita Yang Ku Doakan,
Nilai maruahnya tiada tandingan,
Zikirnya bagai nyanyian,
Doanya adalah hiburan,
Bicaranya lambang keikhlasan,
Senyumannya penggubal kedukaan dan kesengsaraan,
Dan air matanya tanda sebuah kecintaan,
Bersalut kerinduan dan keredhaan Tuhan,
Bagi kau mengharapkan...
- Copy Paste -

Sabtu, 14 Februari 2015

Assalamualaikum W.B.T.Sudah lama ana tidak UPDATE blog nie..Semakin lama,semakin tidak sempat untuk menaip..Kini berada di perantauan bagi menimba ilmu pengalaman & mengenal "tempat"orang..

Rabu, 17 September 2014

                                                                                                                         بسم الله الرحمن الرحيم      
                                                                                                                      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Salam sayang bersulam rindu, bersalut kasih.
Untuk kesekian kalinya, diri yang khilaf lagi hina ini ingin melakarkan coretan duka serta luka melalui kehidupan duniawi. Walaupun diri ini sentiasa berwaspada pada setiap langkah perjalanan hidup, kadang-kadang kaki tersadung & tersepak duri maksiat hingga membawa diri jauh daripada rahmat Allah. Lemah, hina, berdosa, pilu, sedih...Semua perasaan bercampur di dalam satu layar kehidupan. Sungguh, diri ini terasa alpa & leka dengan nikmat "maksiat" sehinggakan tertutup segala sinar hidayah buat sementara. Namun di dalam kealpaan, diriku diketuk & disapa oleh panggilan keinsafan. Betapa pada saat itu, aku mulai tersedar daripada lamunan. Allah....hinanya aku, jahatnya aku, bodohnya aku. Kerana kefanaan dunia, aku tersasar sebentar di dalam perjalanan menuju alam abadi. Sesungguhnya rahmat & kasih sayang Allah teramat luas. DIA memberikan daku peluang & ruang untuk aku berubah, Allah... syukran Ya Rabb..

  • Langkah sebuah perjalanan menuju mardhatillah yang abadi. Kelengkapan zahir & batin untuk menempuh mehnah ujian yang lebih hebat & berliku, Allah..Mampukah aku...Allah... 


Isnin, 14 April 2014

MenulisTanpa Bicara...

Kalam Kasih Bersulam Rindu..


     Sudah lama diri ini tidak mengemaskini laman blog ni..Bukan apa, minda tiada luahan kata & idea untuk diterjemahkan serta diluahkan dalam bentuk penulisan. Setelah sekian lama tidak meng"update" laman ini, terasa rindu dihati untuk berkarya kembali..huhu..Skema ayat..
      Pembuka tirai untuk tahun ini dibuka setelah ana menjalani Latihan Industri ( praktikal ) hampir 3 bulan..Semoga semuanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa, amin..Salam

Ketenangan melihat alam ciptaan Ilahi...

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...