Rabu, 16 November 2016

Muda Saat Terbaik Dekati Allah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar Hiasan

Orang muda bekerja lakunya cergas,
Berfikir cepat bekerja tangkas,
Tunaikan tugas pantang bermalas,
Menunai janji dianya kemas.


Ada apa dengan usia muda?
- Orang tua selalu pesan, "masa muda jangan dipersia-siakan."
- Masa muda dianggap penting ; kekuatan, semangat, tenaga, semangat diri untuk meraih pelbagai ilmu, pengalaman, kejayaan serta membantu mereka yang memerlukan.
- Selain itu, ibadat jangan lupa.

Singkat + Berkat
Menentukan sama ada bahagia atau deritanya di dunia yang kekal abadi.
Hidup singkat di dunia sangat penting kerana adanya hari akhirat.
Orang beriman sangat menghargai kehidupan ini.

Hassan al-Banna pernah berkata :
"Kerja yang perlu kita laksanakan lebih banyak daripada masa yang kita ada."
Orang yang benar-benar beriman tidak mengenal istilah tangguh dan nanti dalam melakukan kebaikan dan kenajikan.
Imam al-Shafi'i berkata : 
"Aku hairan tentang aliran masa yang berlalu terlalu laju, tetapi aku lebih hairan manusia yang melalaikannya."

           *Hargailah Masa Muda Kita*

Rabu, 10 Februari 2016

"Cerita" kita tidak sama..

Assalamualaikum wahai diari kehidupanku..
Malam ini terasa ingin mencoretkan satu kata, tidak panjang, cukup sekadar sebagai peringatan buat diri yang hina..
Ana teringin menjadi seorang penulis, doakan ana. Ana juga ingin membina sebuah "masjid" yang penghuninya mencintai Allah & Rasul, aamin..Doakan ana..Semoga terus tabah & cekal dalam alam kehidupan yang penuh pancaroba..In Shaa Allah.. :-)

Wassalam..Sekadar keluhan rasa.

Rabu, 16 Disember 2015

Epilog Silam



Epilog Silam
Masa lalu yang ku tinggalkan sungguh bermakna kerana, ia memberiku sejuta rasa. Ia juga mengajarku erti sebuah kehidupan di alam realiti. Kegelapan masa lalu ingin ku hapuskan namun, semuanya tidak mungkin terjadi. Hanya yang mampu ku lakukan sekarang adalah; mengorak langkah dan bangkit daripada “kegelapan” masa lalu. Sesungguhnya dosa dan noda yang terlakar pada masa lepas, amat dan tersangat memberi kesan dalam kehidupanku sekarang. Allahurabbi, Engkau Maha Mengetahui.
Betapa aku ingin melupakan terus “kisah” tersebut. Dosa dan maksiat, selamanya Allah tidak akan redha! Masa lalu yang aku lalui mematangkan lagi hidupku. Apa yang terjadi, menjadikan aku lebih berhati-hati untuk melangkah dalam hidup. Walaupun terkadang aku jatuh, namun aku tidak ingin lagi tersungkur. Kerana aku tahu, sekali tersasar, aku akan sesat dan musnah dalam kebinasaan.
Mujurlah aku tersedar daripada “kefanaan”ini. Ya Allah, ampunkanlah segala kekhilafanku yang lalu. Aku malu padaMu Ya Rahman. Aku sedih kerana “terpaksa” meninggalkan secebis “kain”yang menjadi pakaian isteri-isteri Nabi pada zaman dahulu. Lantaran rasa berdosa dan khilaf dengan dosa yang aku lakukan, aku membuka “kain penutup” yang mulia itu. Aku tidak layak memakainya... Aku malu dan rasa hina denganMu Ya Karim..
Semoga diriku tabah
Maafkan daku kerana TERpaksa melepaskanmu


#aku malu dengan dosa-dosa masa lampau.
# aku rindu dengan “secebis kain” itu.
# semoga Engkau tabahkan hatiku Ya Rabb, aamin.

Tentang “Ambe”



Tentang “Ambe”
Menjadi seorang guru “bukanlah” keutamaanku sejak daripada dahulu. Tetapi Allah Maha Merancang & PerancanganNya Maha Teliti. Selepas habis tingkatan 6 & menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ), ambe meneruskan perjalanan dan sebuah langkah kehidupan ke Dungun, Terengganu. Ambe bekerja sebagai guru kafa.
Di sinilah ambe mula-mula “mengenal” sebuah erti kehidupan. Pengalaman pertama berada di perantauan sebagai seorang “guru” sememangnya menguji ketahanan mental & fizikal ambe. Sesungguhnya “alam pekerjaan” ini tidak ‘seindah’ yang digambarkan . Apabila menempuh alam ini, terasa ingin “undur” semula pada ‘zaman persekolahan’, terlebih indah, mendamaikan. Alam persekolahan, ‘tidak perlu’ berurusan dengan orang ramai, majikan, ibu bapa, & tidak perlu melayan karenah anak-anak ( pelajar ) . Waktu ini, hanya bertemankan buku, nota, perpustakaan, kawan-kawan dan guru-guru; lebih kepada “dunia” sendiri.
Alam pekerjaan lebih menjurus kepada  “alam sosial”, terbuka dan komunikasi kita dengan manusia sekeliling. Perjalanan hidupku tidak terhenti di situ, selepas menyambung pelajaran hingga ke universiti, “alam pekerjaan” sudah sebati dengan kehidupan ambe. Hampir setiap cuti sem, ambe akan “bekerja”, maklumlah, orang x boleh duk diam , huhu.
Sesungguhnya, inilah kehidupan ambe. Hidup memang boleh “memilih”, tetapi sahabat, pilihlah sebuah kehidupan yang mampu membina karakter dan sakhsiah kita sebagai seorang Muslim. Pasti indah “perjalanan” kehidupan . Sesungguhnya, ambe kini seorang GURU! (heeee).. Perancangan Allah lebih bersistematik .

# الله مستعان 
# ini kehidupanku sekarang...bahagia...



MASA LALU



MASA LALU
Muhasabah Diri Setiap Masa
Masa lalu yang ku tinggalkan.
Terasa kebahagiaan yang mendakap,
Semakin dekat dan hampir dengan rahmatNya,
HidayahNya datang tatkala hati dan perasaan bertarung hebat,
Diri semakin jauh tersasar akibat “nikmat” dosa,
Alpa, leka, selesa dengan buaian nafsu,
Sesungguhnya mati itu pasti,
Walaupun tarikh dan waktunya belum dikenalpasti.

Saat hidayahNya datang,
Kebahagiaan menyelubungi diri,
Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan,
Bagi menggambarkan “rasa” ini,
Hanya DIA tempat mengadu,
Hanya DIA tempat kembali.

Ya Allah, terima kasih kerana meluruskan kembali jalanku,
Hampir  aku tersungkur, tetapi dengan rahmatMu aku tersedar,
Meneruskan kembali sisa baki kehidupanku..
Terima kasih Ya Rabb…

# 9/7/2015, SARAN, RAWANG, SELANGOR

# Cinta tanpa maksiat
# Hindari dosa, raih pahala
# Cinta sebenar, hanya pada Allah
# Ya Allah, tetapkanlah daku dalam cintaMu

# Cetusan Khilaf : Ummu Norain Binti Abdol Manas.

Jumaat, 24 Julai 2015

Renungan Bersama..

Sabda Rasulullah S.A.W :
         "Sesungguhnya dunia itu tempat persinggahan, bukan tempat menetap. Dan sesungguhnya kematian itu suatu kepastian yang tidak dapat ditunda lagi. Jika ia tidak datang hari ini mungkin besok, dan jika tidak datang besok mungkin lusa".

Saidina Ali Karamallahu Wajhah :
"Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menjauhkan diri dari ketetapan Allah, dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai akhirnya ia ditimpa kecewa & sesal yang tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak difikirkannya". 
Tadabbur Dengan Ciptaan Ilahi Yang Teramat Indah & Sempurna  

Aidilfitri Tahun Ini Hambar...

                                                        Bismillahirrahmanirrahim..

Tabahlah Duhai Sayang, Allah Bersamamu..
      Sesungguhnya masalah yang datang itu adalah ujian buat kami sekeluarga.Tetapi raya pada tahun ini, kami sekeluarga betul-betul di uji dengan begitu hebat.Sesungguhnya apa yang berlaku terselindung seribu satu hikmah di sebaliknya.Semoga umi abah kuat & tabah untuk menghadapinya.Biasanya kalau raya semua orang bergembira kan..Tapi raya pada kali ini,biasa sahaja bagiku, tidak seperti tahun-tahun sudah.Perasaan pun..Entah,macam xde perasaan jer beraya tahun ni.Allahu akbar,berikanlah daku kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi semua ini.Aku tidak ingin menangis lagi Ya Rahman kerana..aku sudah penat dengan air mata..Ujian itu datang untuk menguatkan,bukan untuk melemahkan.Bersabarlah wahai hati.Tabahlah wahai ibu ayahku.Aku bersamamu menghadapi ujian yang maha hebat ini..                  
اصبر يا قلبي
..ان الله معنا

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...