DIRIKU YANG KHILAF
Aku dilahirkan
untuk menjadi khalifah & hamba Allah yang sentiasa mendambakan hidayah
& petunjuknya…
Aku dilahirkan
untuk Islam,
Aku
dilahirkan untuk agama,
Aku dilahirkan
untuk membantu,
Memperjuangkan
syiar Islam.
Aku dilahirkan untuk
beribadat kepada Allah Yang Esa..
Aku dilahirkan
untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku,
Aku dilahirkan
bukan untuk menderhaka,
Apatah lagi untuk
melanggar hukum-hakam Tuhan…
Tetapi, itulah
khilafnya manusia,
Apabila diberi
sedikit nikmat & kesenangan,
Maka mulalah
mereka alpa & hanyut dengan godaan duniawi….
Sedarkah kamu
wahai insan bernama manusia???
Sampai bilakah
hidupmu mahu membelakangkan & melanggar perintah Allah…
Sesungguhnya hidup
& dunia ini adalah sementara & fana semata-mata…
Buka langkah,
tekadkan azam,
Serta melangkahlah
menuju keampunan & menggapai redha Allah Rabbul ‘Izzati..
Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Buat Diri Yang Khilaf & Alpa
Dengan Ujian Allah…
Shauqah Imtiyaz.
Selasa (25/6/2013).
9:03 Minit Pagi.