Isnin, 19 Oktober 2020

3/1/2017 ( Surat untuk Encik Tunang ).

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ingin ku lakarkan coretan indah ini. Buat sekalian kalinya, aku tidak menulis kata-kata puitis. Alhamdulillah, summa alhamdulillah. Tiada kata seindah bicara. Hanya mampuku ucapkan, syukur kepadaNYA. Coretan ini ingin ku rakamkan untuk disimpan sebagai sebuah kenangan yang akan terpahat indah. Ya Allah, aku hambaMU yang hina dan penuh dengan dosa. Pimpinlah diriku menuju redhaMU. Ya Rahman,sungguh! Benar! Seperti apa yang telah Engkau janjikan kepada hamba-hambaMU yang sabar. Dalam beberapa hari sahaja lagi, aku bakal bergelar "isteri". Subhanallah! Alhamdulillah! Bagaikan sebuah cerita yang penuh adengan apa yang aku lalui sekarang. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Setelah sekian lama menanti sebuah 'cinta', kini, aku bakal beralih daripada zaman silam ke zaman "kebahagiaan", alhamdulillah. Tidak tahu apa sebenarnya yang ingin aku tulis. Tetapi, jelas kepada "bahagia" dalam erti kata yang sebenar. Sesungguhnya, aku terlalu bahagia Ya 'Alim. Bahagia kerana hadirnya seorang insan yang amat istimewa. Ikatan yang terbina antara kami dalam masa yang singkat. Sungguh tidak ku sangka. Allahuakbar! Allah Maha Besar. PerancanganNYA sungguh teliti. Terima kasih Ya Rahman, di atas ikatan ini. Tak sabar rasanya untuk aku mengenalinya dengan lebih dekat. Walaupun sekarang kami bekerja bersama, aku tetap akan menjaga batas-batas antara kami. Pada mulanya, terlalu sukar bagiku untuk bekerja di sini kerana, aku akan selalu berjumpa dengannya. Ya Allah, begitu tertekan perasaanku pada ketika itu. Hanya padaMU aku mengadu. Terasa mahu lari. Bagaikan terhenti nafasku setiap kali memikirkannya. Ya Allah, aku takut sebenarnya. Takut kerja dekat dengannya. Sebab, aku ni jenis yang tegas.

Inspirasi dari lagu 'Munajat' ; Rabbani.

 Untukmu Sahabat,

Ubatilah segala kesedihamnu dengan bersujud dan memohon perlindungan daripadaNYA.

DIA tidak akan mengujimu seandainya kamu tidak mampu...

Aku mengerti akan segala kesedihanmu.

Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk hidupmu.

Apa sahaja yang dikau lalui, aku turut merasainya.

Kesedihan, kepedihan, kepiluan yang dikau tanggung, aku turut menanggungnya.

Sabarlah temanku sayang,

DIA akan memberi "HADIAH" yang lebih manis dan indah buatmu.

Salam kasih dan sayang buatmu sahabat.

10.00

30/12/2018

Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Jumaat, 9 Oktober 2020

Tinta hikmah

 1- Jangan menyesal kerana memafkan.

     Jangan menaruh hiba ketika menghukum.

     Jangan bertindak tergesa-gesa ketika marah.

2- Cinta telah menjadi senandung di lisan orang yang tulus beriman dan nyanyian indah dalam catatan orang yang mencintai Tuhannya.

Bezanya, cinta mereka adalah cinta mulia dan terhormat...

3- Cinta yang diukir oleh orang soleh dengan air mata mereka, ditulis para pejuang kebenaran dengan darah mereka, dan dilukis oleh orang-orang yang mulia dengan cucuran keringat mereka.


Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...