Jumaat, 1 November 2024

Bagai mimpi!


 Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama tidak menjengah di ruangan ini.

Tidak pasti apa benda yang hendak disibukkan dengan dunia ini 😖..

Allahu, sesungguhnya kehidupan ini hanyalah sia-sia jika tidak disandarkan kepada Allah 😢.

Jika diberikan dunia atau seisinya pun, manusia masih tidak akan pernah merasa puas.

Semoga kita sebagai hamba Allah kembali taat kepadaNya.

Benarlah janji Allah, jika kita redha dengan segala ketentuanNya, akan dibukakan segala kesulitan.

Permulaan bulan November 2024, Allah memberikan hadiah yang cukup bermakna & sangat bererti buat diri ini. Saat menaip ruangan ini, diri ini masih tidak mempercayai semua ini. Allah Yang Maha Kaya yang memberikan peluang & ruang ini kepada seorang insan yang kerdil & hina ini 😢.

Sudah sekian lama diri ini mengintai halaman muka buku 1 maahad ini. Ianya diasasakan oleh seorang murabbi terkenal lagi tersohor di Malaysia. Subhanallah! Maha Suci Allah yang menjadikan ianya sebuah realiti.

Sepanjang hari berada di maahad, terasa diri berada di dalam sebuah mimpi..mimpi yang nyata..Allahu...semoga diri ini istiqomah menjadi seorang murabbiah yang diredhai Allah. Semoga ini juga menjadi "tempat terakhir" untuk tidak lagi berpindah - randah ke mana-mana institusi yang lain, in shaa Allah.

Sewaktu keluar pagi tadi, terjadi sesuatu di luar jangkaan. Allah masih sayangkan insan bernama Ummu Norain hari ini 😭😭😭. DIA masih memanjangkan umurku dengan menjauhkan bala yang menghampiri. Hampir sahaja keretaku melanggar pembahagi jalan dek kerana hujan renyai-renyai & cuaca masih gelap ( waktu pagi 6 lebih ). Beristighfar panjang sewaktu kejadian tersebut berlaku..menangis, mengucap serta bertakbir panjang kerana DIA menyelamatkan diri ini, Allahuakbar!!!

Seusai sampai di maahad, ku menelefon suami tersayang memaklumkan kejadian tersebut ; lalu laju air mata turun menangis kerana Allah menyelamatkan diri ini. Tidak ku terbayang jika diri ini meninggalkan dunia ini dalam keadaan tiba-tiba.. Bermacam perkara berlegar di luar minda 😢😢😢. Setelah itu, aku menghubungi umi pula untuk bercerita tentang perkara yang sama.. Lagi sekali air mata laju menuruni pipi... Sambil berbual dengan umi, sarapan pagi dengan roti canai kosong + kopi panas.. Sementara menunggu jam 8 pagi untuk melapor diri di pejabat maahad. 

Begitulah perjalanan untuk hari ini yang penuh ujian. Alhamdulillahi 'ala kulli hal, terima kasih Allah untuk episod hari ini yang penuh 'cerita' 💖💖💖 

Di dalam bilik bacaan umi, Jeram Kuala Selangor.


Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...