![]() |
Panji Islam |
Salam jumaat sahabat-sahabat semua?Apa khabar agaknya kalian semua yea?Ana harap, kalian semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah, insyaAllah. Dikesempatan ini, ana ingin kongsikan sedikit kata-kata yang diadaptasi daripada majalah solusi, isu 55, kata dua dari Muhammad Luqman Makhtar, Editor Solusi. Semoga ia berfaedah & memberi jalan yang cerah serta bersinar kepada sesiapa yang masih mencari erti hidup yang sebenar, insyaAllah..
- Tak kan Tidak Mahu..
1- Tak kan tidak mahu...
dekat dengan Allah?
= "Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu)." (Riwayat Muslim)
2- Tak kan tidak mahu...
berada dalam penjagaan Allah?
= "Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah." (Riwayat Muslim)
3- Tak kan tidak mahu...
dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?

4- Tak kan tidak mahu...
doa dimakbulkan?
= "Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: "Semoga bagimu yang seumpama itu." (Riwayat Muslim)
5- Tak kan tidak mahu...
Allah berselawat untuk kita?
= "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali." (Riwayat Muslim)
6- Tak kan tidak mahu...
dipermudahkan jalan menuju ke syurga?

7- Tak kan tidak mahu...
dibina untukmu rumah di dalam syurga?
= "Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardu setiap hari, melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." (Riwayat Muslim)
8- Tak kan tidak mahu...
pahala berqiamullail sepanjang malam?
= "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail sepanjang malam." (Riwayat Muslim)
9- Tak kan tidak mahu...
pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
= "Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10- Tak kan tidak mahu...
pahala berterusan walaupun setelah meniggal dunia?
= Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah-sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan