Apa khabar wahai hati? Apa khabar duhai jiwa? Apa khabar dengan imanmu..
Sahabat-sahabat semua, kekadang kita terlupa bahawa kita adalah makhluk ciptaanNya yang sentiasa melakukan salah & silap. Terkadang kita juga alpa bahawa kita adalah khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan segala macam kewajipan ke atas kita, betul tak?
Sebab itulah duhai hati & jiwaku yang senantiasa alpa dengan nikmat serta kurniaanNya ini, perlu diberi makanan rohani. Makanan rohani adalah seperti zikir, bermuhasabah diri, bermusafir melihat ciptaan Allah dan sebagainya. Dengan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan semula roh serta jasad kita yang kehausan rahmat dan kasih sayang Sang Pencipta.
Selain itu juga, dengan mengingati Allah, jiwa kita akan menjadi tenang dan kita akan senantiasa merasakan Allah bersama kita, betul tak? Di sini ana nak kongsikan beberapa jenis hati, insyaAllah ia bermanfaat untuk semua :-)Para ulama telah menyatakan, Allah s.w.t. telah mengkategorikan hati kepada tiga jenis.
- Qalbun Sahih
![]() | |
| Hati yang bersih |
Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.
2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.
![]() | |
| Hati telah dikotori & akan mati |
Nafsu dan syaitan akan mencorakkan hati manusia dengan sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
Selain itu, golongan ini hanya mendengar seruan syaitan dan iblis kerana hatinya telah dibutakan oleh nafsu. Sesiapa yang berkawan dengan golongan ini, dibimbangi akan mengikut dan terpengaruh hatinya kerana mereka akan diracuni hati dan fikirannya.


Manakah pilihan anda dalam menentukan sebuah kehidupan? Tepuk dada, tanya IMAN..
3. Qalbun Maridh
Hati ini adalah golongan yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan sifat yang tercela ini.- Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi :
- Motivasi untuk mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat.
- Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan dunia yang sifatnya hanya sementara.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan