Isnin, 29 April 2013

Keluarga Berkualiti Mengikut Acuan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

           Keluarga merupakan sebuah institusi yang bakal membentuk generasi yang cemerlang serta unggul peribadinya. Melalui didikan serta tarbiyah daripada ibu bapa, anak-anak bakal mendapatkan pengajian secara formal dan tidak formal. Mereka juga bakal menjadikan ibu bapa sebagai role model dalam kehidupan seharian mereka.
            Namun, pada zaman millennium ini, remaja kebanyakannya semakin jauh tersasar daripada landasan kehidupan mereka sebagai seorang anak, remaja, pelajar, hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Sejauh manakah keberkesanan dan penghayatan mereka terhadap nilai-nilai akhlak Islam?
            Sedih, apabila melihat generasi seusiaku terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Apakah sebenarnya yang mereka perlukan dalam kehidupan? Adakah institusi kekeluargaan perlu dipersalahkan atau ibu bapa kurang memberikan perhatian yang sepatutnya kepada mereka?
            Akhirnya, jalan penyelasaian bagi kekeliruan serta kebingungan yang melanda remaja kita pada hari ini ialah, tidak dapat tidak ibu bapa perlulah kembali kepada institusi kekeluargaan cara Islam. Islam merupakan agama yang syumul serta sesuai hingga sepanjang hayat kehidupan manusia, wallahua’lam.

Ciri-ciri asas keluarga berkualiti :-

1-  Sakinah ( ketenangan ) – Ketenangan melahirkan suasana aman dan harmoni.
2- Mawaddah ( kasih sayang ) – Kasih sayang mengikat hubungan sesama ahli keluarga.
3- Rahmah ( rahmat ) – Memastikan setiap ahli keluarga mendapat keredhaan Allah.
4- Aqidah dan ketaqwaan – Memelihara rumah tangga daripada campur tangan nafsu dan syaitan.
5- Mendirikan solat – Solat merupakan tiang agama yang dapat mengukuhkan kerukunan rumah tangga.
6- Hormat-menghormati – Hormat-menghormati akan membantu mengekalkan kasih sayang.
7- Adil – Hendaklah berlaku adil dalam menguruskan keperluan rumah tangga.

             
Keluarga Sakinah & Rahmah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...