Epilog
Silam
Masa lalu yang ku
tinggalkan sungguh bermakna kerana, ia memberiku sejuta rasa. Ia juga
mengajarku erti sebuah kehidupan di alam realiti. Kegelapan masa lalu ingin ku
hapuskan namun, semuanya tidak mungkin terjadi. Hanya yang mampu ku lakukan
sekarang adalah; mengorak langkah dan bangkit daripada “kegelapan” masa lalu.
Sesungguhnya dosa dan noda yang terlakar pada masa lepas, amat dan tersangat
memberi kesan dalam kehidupanku sekarang. Allahurabbi, Engkau Maha Mengetahui.
Betapa aku ingin melupakan
terus “kisah” tersebut. Dosa dan maksiat, selamanya Allah tidak akan redha!
Masa lalu yang aku lalui mematangkan lagi hidupku. Apa yang terjadi, menjadikan
aku lebih berhati-hati untuk melangkah dalam hidup. Walaupun terkadang aku
jatuh, namun aku tidak ingin lagi tersungkur. Kerana aku tahu, sekali tersasar,
aku akan sesat dan musnah dalam kebinasaan.
Mujurlah aku tersedar
daripada “kefanaan”ini. Ya Allah, ampunkanlah segala kekhilafanku yang lalu.
Aku malu padaMu Ya Rahman. Aku sedih kerana “terpaksa” meninggalkan secebis
“kain”yang menjadi pakaian isteri-isteri Nabi pada zaman dahulu. Lantaran rasa
berdosa dan khilaf dengan dosa yang aku lakukan, aku membuka “kain penutup”
yang mulia itu. Aku tidak layak memakainya... Aku malu dan rasa hina denganMu
Ya Karim..
![]() |
Semoga diriku tabah |
![]() |
Maafkan daku kerana TERpaksa melepaskanmu |
#aku malu dengan dosa-dosa
masa lampau.
# aku rindu dengan
“secebis kain” itu.
# semoga Engkau tabahkan
hatiku Ya Rabb, aamin.