Rabu, 16 Disember 2015

Epilog Silam



Epilog Silam
Masa lalu yang ku tinggalkan sungguh bermakna kerana, ia memberiku sejuta rasa. Ia juga mengajarku erti sebuah kehidupan di alam realiti. Kegelapan masa lalu ingin ku hapuskan namun, semuanya tidak mungkin terjadi. Hanya yang mampu ku lakukan sekarang adalah; mengorak langkah dan bangkit daripada “kegelapan” masa lalu. Sesungguhnya dosa dan noda yang terlakar pada masa lepas, amat dan tersangat memberi kesan dalam kehidupanku sekarang. Allahurabbi, Engkau Maha Mengetahui.
Betapa aku ingin melupakan terus “kisah” tersebut. Dosa dan maksiat, selamanya Allah tidak akan redha! Masa lalu yang aku lalui mematangkan lagi hidupku. Apa yang terjadi, menjadikan aku lebih berhati-hati untuk melangkah dalam hidup. Walaupun terkadang aku jatuh, namun aku tidak ingin lagi tersungkur. Kerana aku tahu, sekali tersasar, aku akan sesat dan musnah dalam kebinasaan.
Mujurlah aku tersedar daripada “kefanaan”ini. Ya Allah, ampunkanlah segala kekhilafanku yang lalu. Aku malu padaMu Ya Rahman. Aku sedih kerana “terpaksa” meninggalkan secebis “kain”yang menjadi pakaian isteri-isteri Nabi pada zaman dahulu. Lantaran rasa berdosa dan khilaf dengan dosa yang aku lakukan, aku membuka “kain penutup” yang mulia itu. Aku tidak layak memakainya... Aku malu dan rasa hina denganMu Ya Karim..
Semoga diriku tabah
Maafkan daku kerana TERpaksa melepaskanmu


#aku malu dengan dosa-dosa masa lampau.
# aku rindu dengan “secebis kain” itu.
# semoga Engkau tabahkan hatiku Ya Rabb, aamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...