MAJALAH
SOLUSI
TRIVIA
- v HUSNA HASSAN
Menurut Kamus Dewan, trivia
bermaksud: “Pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik
tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.”
Sering kali persoalan
kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta
tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping
menajamkan minda kita.
1. Baiah ialah perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa.
Siapakah wanita yang pertama yang membaiah Rasulullah s.a.w.?
- Fatimah Binti Asad.
2. Siapakah pengembala Muslim yang terkemuka?
-Ibn Battuta.
3. Apakah perang pertama yang tercetus antara orang Muslim dan kafir
Quraisy?
- Perang Badar.
4. Ke negeri manakah Rasulullah s.a.w. keluar berdagang buat pertama
kali bersama bapa saudara Baginda?
- Syria.
Termaktub dalam kitab sirah Baginda berdagang ke Syam. Kini Syam dikenali
dengan Syria.
5. Satu-satunya lelaki yang terbunuh di tangan Rasullullah s.a.w ialah…
- Ubai bin
Khalaf.Baginda membunuh Ubai bin Khalaf untuk mempertahankan diri. Sekian
banyak ekspedisi perang yang Baginda sertai, Baginda hanya membunuh seorang
sahaja. Ubai bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan
mengancam Baginda: “ Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan
jagung(bijirin) yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggang kuda itu
suatu hari nanti.” Nabi s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Insya-Allah, saya yang
akan membunuh kamu.” Dalam perang Uhud, semasa Ubai cuba membunuh Rasulullah,
Ubai terluka sedikit di lehernya akibat lembing yang dilemparkan oleh Baginda
s.a.w. semasa mempertahankan diri. Kesakitan yang dialami Ubai teramat sakit
walaupun lukanya agk kecil sehingga dia berkata: “Jika dia(Muhammad) meludahi
aku sekalipun aku pasti mati.” Akhirnya Ubai mati dalam perjalanan pulang ke
Makkah.
6. Namakan sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah.
- Sa’ad bin
Mu’az seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Yathrib
(Madinah) memeluk Islam.
7. Al-Tahirah
Al-Zahra’
Siapakah
pemilik gelaran di atas?
- Sayidatina Fatimah binti Muhammad r.ha.. Merah Putih Hitam
Apakah yang digambarkan oleh tiga
keadaan warna di atas?
- Perubahan warna api neraka. Sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud:”Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga berwarna merah.
Kemudian dinyalakan seribu tahun berikutnya sehingga berwarna putih. Dan
dinyalakan seribu tahun berikutnya
sehingga berwarna hitam.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah).
9. 1/70
Apakah yang digambarkan oleh pecahan di
atas?
- Tahap kepanasan api di dunia berbanding kepanasan
api neraka. Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah satu
bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam.” Para sahabat
berkata:”Wahai Rasulullah, api dunia pun telah cukup (panas).”Baginda bersabda
lagi:”Api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.”
10. Makhluk yang paling berat seksaannya
di neraka ialah…
- Iblis. Ini kerana ia makhluk pertama yang
menentang perintah Allah dan meletakkan garis panduan melakukan kemusyrikan dan
kemaksiatan.
TRIVIA
( Isu No.42 )
![*](file:///C:/Users/ummu/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif)
1- Di rumah siapakah
Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar?
§ Rumah Anas bin Malik r.a.
2- Jumlah berhala
yang terdapat di dalam dan berdekatan rumah Allah sebelum Rasulullah
memerintahkan agar dihapuskan. (Riwayat daripada Jabir)
§
360 buah patung berhala.
3- Apakah perkataan
dalam Kamus Dewan terpanjang yang asalnya perkataan Arab?
§ Amirulmukminin yang
bermaksud pemimpin umat Islam.
4- Kaum yang
menyembah berhala selepas banjir besar menimpa kaum Nabi Nuh.
§
Kaum A’d.
5- Siapakah nabi yang
mempunyai dua nama?
§ Yaakub ( Israel ).
§ Isa ( al-Masih ).
6- Dua dosa yang akan
disegerakan azabnya di dunia…
§ Sabda Rasulullah
bermaksud: “Dua kejahatan yand disegerakan balasan di dunia adalah zina dan
menderhaka kepada dua ibu bapa.”
( Riwayat
al-Tirmizi ).
7- Siapakah manusia
pertama yang menulis menggunakan pen?
§ Idris a.s.
8- Apa kaitan antara
nama-nama berikut?
Bab al-salam
Bab al-Umrah
Bab Ali
Bab al-Hazurah
§
Nama-nama menara bagi Masjidilharam.
9- Golongan yang
paling ramai di dalam syurga dan neraka ialah…
§ Golongan yang paling ramai
di dalam syurga ialah orang miskin manakala wanita pula paling ramai di dalam
neraka.
10- Siapakah yang
membahagikan waktu kepada 12 jam sehari?
§ Nabi Nuh a.s. semasa
baginda berada di atas kapal semasa peristiwa banjir besar.