Jumaat, 28 Julai 2017

TRIVIA

MAJALAH SOLUSI
TRIVIA
  • v  HUSNA HASSAN

Menurut Kamus Dewan, trivia bermaksud: “Pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.”
Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.
1. Baiah ialah perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa. Siapakah wanita yang pertama yang membaiah Rasulullah s.a.w.?
- Fatimah Binti Asad.
2. Siapakah pengembala Muslim yang terkemuka?
-Ibn Battuta.
3. Apakah perang pertama yang tercetus antara orang Muslim dan kafir Quraisy?
- Perang Badar.
4. Ke negeri manakah Rasulullah s.a.w. keluar berdagang buat pertama kali bersama bapa saudara Baginda?
- Syria. Termaktub dalam kitab sirah Baginda berdagang ke Syam. Kini Syam dikenali dengan Syria.
5. Satu-satunya lelaki yang terbunuh di tangan Rasullullah s.a.w ialah…
- Ubai bin Khalaf.Baginda membunuh Ubai bin Khalaf untuk mempertahankan diri. Sekian banyak ekspedisi perang yang Baginda sertai, Baginda hanya membunuh seorang sahaja. Ubai bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengancam Baginda: “ Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan jagung(bijirin) yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggang kuda itu suatu hari nanti.” Nabi s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Insya-Allah, saya yang akan membunuh kamu.” Dalam perang Uhud, semasa Ubai cuba membunuh Rasulullah, Ubai terluka sedikit di lehernya akibat lembing yang dilemparkan oleh Baginda s.a.w. semasa mempertahankan diri. Kesakitan yang dialami Ubai teramat sakit walaupun lukanya agk kecil sehingga dia berkata: “Jika dia(Muhammad) meludahi aku sekalipun aku pasti mati.” Akhirnya Ubai mati dalam perjalanan pulang ke Makkah.
6. Namakan sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah.
- Sa’ad bin Mu’az seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam.
7. Al-Tahirah
   Al-Zahra’
   Siapakah pemilik gelaran di atas?
- Sayidatina Fatimah binti Muhammad r.ha.. Merah                   Putih                     Hitam
Apakah yang digambarkan oleh tiga keadaan warna di atas?
- Perubahan warna api neraka. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:”Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan seribu tahun berikutnya sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan seribu tahun  berikutnya sehingga berwarna hitam.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah).
9.  1/70
Apakah yang digambarkan oleh pecahan di atas?
- Tahap kepanasan api di dunia berbanding kepanasan api neraka. Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam.” Para sahabat berkata:”Wahai Rasulullah, api dunia pun telah cukup (panas).”Baginda bersabda lagi:”Api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.”
10. Makhluk yang paling berat seksaannya di neraka ialah…
- Iblis. Ini kerana ia makhluk pertama yang menentang perintah Allah dan meletakkan garis panduan melakukan kemusyrikan dan kemaksiatan.











TRIVIA ( Isu No.42 )
*      HUSNA HASSAN

1- Di rumah siapakah Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar?
§  Rumah Anas bin Malik r.a.

2- Jumlah berhala yang terdapat di dalam dan berdekatan rumah Allah sebelum Rasulullah memerintahkan agar dihapuskan. (Riwayat daripada Jabir)
§  360 buah patung berhala.

3- Apakah perkataan dalam Kamus Dewan terpanjang yang asalnya perkataan Arab?
§  Amirulmukminin yang bermaksud pemimpin umat Islam.

4- Kaum yang menyembah berhala selepas banjir besar menimpa kaum Nabi Nuh.
§  Kaum A’d.

5- Siapakah nabi yang mempunyai dua nama?
§  Yaakub ( Israel ).
§  Isa ( al-Masih ).

6- Dua dosa yang akan disegerakan azabnya di dunia…
§  Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yand disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
( Riwayat al-Tirmizi ).

7- Siapakah manusia pertama yang menulis menggunakan pen?
§  Idris a.s.

8- Apa kaitan antara nama-nama berikut?
             Bab al-salam
             Bab al-Umrah
             Bab Ali
             Bab al-Hazurah
§  Nama-nama menara bagi Masjidilharam.

9- Golongan yang paling ramai di dalam syurga dan neraka ialah…
§  Golongan yang paling ramai di dalam syurga ialah orang miskin manakala wanita pula paling ramai di dalam neraka.

10- Siapakah yang membahagikan waktu kepada 12 jam sehari?

§  Nabi Nuh a.s. semasa baginda berada di atas kapal semasa peristiwa banjir besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...