Isnin, 8 Julai 2019

Rabu 8/1/2014




Salam kasih bersulam rindu…

Nota luahan hati ini diteruskan lagi untuk menceritakan atau meluahkan rasa di hati ini. Tidakku tahu dan tidakku pasti apakah perasaan yang aku rasakan sekarang… Sekadar ingin menulis apa yang dirakan tanpa memahami perasaan apakah yang melanda diriku pada saat ini…

Buat insan yang amat-amat dirindui ( NurFarahin Noordin)…

Farahin, ain amat rindukan farahin, teramat rindu. Hanya Allah yang tahu bagaimanakah pearasaan rindu ain pada farahin. Masuk tahun 2014 ni, dah 12 tahun kita x jumpa. Allah… sedih sangat-sangat kerana, ain hanya mampu melihat farahin bahagia. Kekadang cemburu bertandang di hati kerana mereka dapat bersama farahin sedangkan ain hanya mampu melihat dari jauh jer. Takpelah, maybe belum sampai masa lagi untuk kita bertemu semula. Jujur di hati ain, ain sangat-sangat sayangkan farahin. Suka dan gembira sangat-sangat bila tau farahin dah bertudung hari tu, cantik! Tapi kenapa kadang-kadang pakai, kadang-kadang tak pakai.. sedihnya kerana farahin x istiqamah… Farahin, ketahuilah, walaupun kita berjauhan, diri ini x pernah lupa & padamkan nama farahin dalam hidup ain. Ain sentiasa doakan agar kita dipertemukan semula. Ain nak peluk farahin erat-erat sebagaimana pelukan sebelum farahin naik kereta api ke Johor bersama family, itulah saat terakhir kita bertemu.. Farahin, ain rindukan farahin… rindu sangat-sangat.

Semoga Allah mempertemukan kita satu hari nanti, amin.

11.26 P.M ( Hostel Acacia, USIM, Nilai )

Ingin ku pahatkan segala kenangan di sini...


Isnin
6/1/2014

Lembaran 2014
Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W., serta ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Buat pengikut-pengikutnya serta ummat yang mengikuti sunnahnya, semoga redha dan rahmat Allah bersama kalian semua, amin.
Cetusan nukilan ini dicoretkan semula sempena membuka tirai 2014. Allah, cepat sungguh masa berlalu. Tahun ini umurku memasuki 24 tahun, insyaAllah.
Sesungguhnya pada tahun 2014 ini, akan berlaku banyak peristiwa-peristiwa penting dalam hidupku, insyaAllah. Antaranya ialah :-
Ø  Aku bakal menghabiskan study kat USIM, konvo bulan 11, insyaAllah.
Ø  Aku sudah melaksanakan impian dan harapan abah, alhamdulillah.
Ø  Aku akan bebas daripada belenggu study kat universiti.
Ø  insyaAllah, bakal berkahwin tahun ini, amin.

Impian aku yang sebenar masih belum tercapai dan terlaksana. Aku ingin menadah kitab & bertalaqqi semula di pondok. Allah, rindunya biah pondok. Dipenuhi dengan ketenangan yang tidak terkata.. Pondok Kedah, antara pondok idaman untuk aku jejaki, hanya Allah Maha Mengetahui bilakah waktunya…?
Untuk kesekian kalinya, perancangan hidupku harus diiringi dengan redha dan restu daripada kedua ibu bapaku, sesungguhnya redha mereka akan diiringi dengan rahmat kasih saying Allah, insyaAllah. Umi & abah adalah jambatan untuk aku ke syurgaNya.. Walau berat, pahit, pedih, sakit.. akan ku teruskan demi menggapai restu mereka dan meraih kasih sayang Allah, insyaAllah.
Alhamdulillah, selama hampir 3 tahun setengah aku belajar di sini, pelbagai dugaan, cabaran, godaan, masalah, dapat aku hadapi & atasi berkat doa dan sabar daripada kedua ibu bapaku. Sesungguhnya kerana kata-kata semangat dan dorongan daripada mereka berdua, aku sudah berjaya & berada di tahun akhir sekarang ini, alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memberikan hambaMu yang hina ini untuk terus melangkah walaupun dosa yang seringku lakukan banyak, membuatkan aku jauh daripadaMu namun, Engkau masih setia di sisi menemaniku…
Ya Rahman, rahmat & petunjukMu yang selalu kudambakan dalam meniti kehidupan ini. Pimpinlah hatiku menuju redhaMu.. Aku cuma ingin menjadi seorang anak yang sentiasa membahagiakan ayah dan ibuku. Walaupun aku terpaksa korbankan impianku, aku sanggup demi melihat mereka tersenyum gembira Ya Allah… Rahmatilah kehidupan ayah & ibuku.. Satukan mereka dengan mawaddah dan rahmahMu Ya Rahim…
Hidupku hanya ingin bertunjangkan akidah yang benar & hak ( أهل السنة والجماعة ), ikutanku hanyalah Nabi & para sahabat serta ahlul bait dan peganganku hanya al-Quran serta as-sunnah yang benar, amin Ya Rabb.

لا إله إلا الله محمد رسول الله !

Ya Rahman, Ya Rahim.. Aku amat sayangkan ayah & ibuku. Merekalah kehidupanku. Aku berterima kasih pada ayahku kerana mendidikku dengan akidah yang benar. Ucapan sayang tak terhingga buat ibuku kerana menjagaku dengan baik… Berkatilah kehidupan mereka Ya Allah.
Masih banyak yang ingin aku lakarkan, tetapi sehingga habis dakwat & kertas sekalipun masih tak mampu untuk menggambarkan perasaanku pada saat ini. Sesungguhnya aku terlalu bahagia Ya Rahman, alhamdulillah.

11.05 p.m ( Hostel Acacia, Nilai, USIM )

Khamis, 4 Julai 2019




In shaa Allah, tinta penulisanku akan bersambung pada masa akan datang.
Tidak sabar untuk terus menulis & melakar bait kata yang cukup indah buat tatapan minda.. Wassalam, sehingga berjumpa lagi.

Hikmah kehidupan


  •     Waktu belajar adalah waktu yang paling manis dan indah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang remaja dan hamba yang mendambakan kasih sayang Allah Yang Esa…
  •       Pembelajaran akan bertambah indah dan berseri andai disulami dengan akhlak dan jiwa yang murni.
  •     Tanamkan rasa ingin berjaya ke menara gading agar kejayaan terus dirasai dan dinikmati bersama sahabat yang disayangi dan dirindui.
  •     Pengorbanan daripada ibu bapa harus diambil kira daripada semua aspek. Kita sebagai anak harus menghargai jasa dan penat lelah yang ditanggung oleh mereka. Hadiahkanlah mereka dengan sebuah kejayaan yang mampu membuatkan mereka tersenyum gembira dan menangis kerana kejayaan kita hadiahkan buat mereka.
  •       Selamilah lautan pengorbanan agar dikau akan merasai betapa pedih, manis dan gembiranya melalui semua itu. Dan sesungguhnya semua itu terlalu sukar untuk dilakukan bagi orang yang tidak mempunyai cita-cita dan matlamat hidup yang betul.
  •       Mendisiplinkan diri adalah faktor penting dalam menimba ilmu.


Rabu, 3 Julai 2019

- Nukilan kekhilafan –


Selasa
22/4/2014
9.30 p.m
Akademi Darul Huffaz, Kelas Tuisyen Malam, Prima Saujana, Selangor

Kalam Bicara Kepiluan..
Nota ditulis pengganti diri. Buat diri yang disayangi, tenanglah & damailah menempuh dugaan Ilahi, sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.
Jujur ada rasa sedih di hati melihat kejayaan sahabat-sahabat seperjuangan mendapat “dekan” dalam semester ini. Iri hati kerana mereka belajar bersungguh-sungguh & berjaya meraih kejayaan sebegitu. Mereka mampu membahagiakan ibu bapa mereka.
Ya Allah, sepanjang aku belajar di USIM, aku tak pernah dapat ‘dekan’… Tapi alhamdulillah, markah keseluruhanku ( PNGS ) selalu meningkat..alhamdulillah..



Bisikan hati...


Ya Allah, hanya padamu aku serahkan segala takdir hidupku.
Aku tahu, segalanya telah tersurat pada “ Lauh Mahfuzku ”.
Aku redha, pasrah… dengan suratan hidupku…
Namun Ya Rahman, sekali sekala aku tersadung & tersasar pada jalan kebenaranmu.

Sebuah kerinduan kepada seorang sahabat.


Sahabat, di kala ku bersendirian, kenangan yang lalu datang menerpa.
Rinduku padamu amat mencengkam di jiwa.
Ya Allah, aku rindu pada dia… Insan yang teramat kurindui & sayangi.
Bagaimanakah caranya untuk aku bertemu dengannya Ya Allah?
Sudah 11 tahun kami tidak bersua muka…
Alangkah membuaknya rindu di hati ini kepadanya Ya Allah..

NurFarahin Binti Noordin +  Ummu Norain Binti Abdol Manas = Bilakah masa dan saatnya kami akan dipertemukan Ya Rahman??

18/6/2014 ( Ain Habibah )



Penulisan adalah jiwaku…
Ketenangan bisa diperoleh apabila aku coretkan kata-kata diatas kertas…
Saat ku mencari secebis ketenangan & menggapai kebahagiaaan
Aku diuji dengan begitu kuat,
Sehingga…
Aku merasakan diriku tak layak untuk berhadapan dengan manusia & pencipta alam ini, Allah Maha Kuasa…
Ya Allah, sesungguhnya kealpaan itu membuatkan daku sedar akan erti kasih sayangMU kepadaku, hambaMU yang hina ini…
Allah….. tuntunilah daku ke jalan redhaMU..
Bantulah aku meraih redhaMU…
Semoga peluang & ruang yang telah Engkau berikan kepadaku pada kali & saat ini, akan ku gunakan dengan sebaik-baiknya.
Semoga pilihan & keputusan yang akan aku ambil ini adalah yang terbaik untuk diriku, keluargaku & agamaku, amin.
Harapanku agar, Engkau sentiasa membawa diriku ke jalan kebenaran.. aamin.

- Terpatri Cinta Menuju Mardhatillah -

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...