Isnin
6/1/2014
Lembaran 2014
Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang
mentadbir sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi
Muhammad S.A.W., serta ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Buat
pengikut-pengikutnya serta ummat yang mengikuti sunnahnya, semoga redha dan
rahmat Allah bersama kalian semua, amin.
Cetusan nukilan ini dicoretkan semula sempena
membuka tirai 2014. Allah, cepat sungguh masa berlalu. Tahun ini umurku memasuki
24 tahun, insyaAllah.
Sesungguhnya pada tahun 2014 ini, akan berlaku
banyak peristiwa-peristiwa penting dalam hidupku, insyaAllah. Antaranya ialah
:-
Ø Aku bakal
menghabiskan study kat USIM, konvo bulan 11, insyaAllah.
Ø
Aku sudah
melaksanakan impian dan harapan abah, alhamdulillah.
Ø
Aku akan bebas
daripada belenggu study kat universiti.
Ø
insyaAllah, bakal
berkahwin tahun ini, amin.
Impian aku yang sebenar masih belum tercapai
dan terlaksana. Aku ingin menadah kitab & bertalaqqi semula di pondok.
Allah, rindunya biah pondok. Dipenuhi dengan ketenangan yang tidak terkata..
Pondok Kedah, antara pondok idaman untuk aku jejaki, hanya Allah Maha
Mengetahui bilakah waktunya…?
Untuk kesekian kalinya, perancangan hidupku
harus diiringi dengan redha dan restu daripada kedua ibu bapaku, sesungguhnya
redha mereka akan diiringi dengan rahmat kasih saying Allah, insyaAllah. Umi
& abah adalah jambatan untuk aku ke syurgaNya.. Walau berat, pahit, pedih,
sakit.. akan ku teruskan demi menggapai restu mereka dan meraih kasih sayang
Allah, insyaAllah.
Alhamdulillah, selama hampir 3 tahun setengah
aku belajar di sini, pelbagai dugaan, cabaran, godaan, masalah, dapat aku
hadapi & atasi berkat doa dan sabar daripada kedua ibu bapaku. Sesungguhnya
kerana kata-kata semangat dan dorongan daripada mereka berdua, aku sudah
berjaya & berada di tahun akhir sekarang ini, alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa
memberikan hambaMu yang hina ini untuk terus melangkah walaupun dosa yang
seringku lakukan banyak, membuatkan aku jauh daripadaMu namun, Engkau masih
setia di sisi menemaniku…
Ya Rahman, rahmat & petunjukMu yang selalu
kudambakan dalam meniti kehidupan ini. Pimpinlah hatiku menuju redhaMu.. Aku
cuma ingin menjadi seorang anak yang sentiasa membahagiakan ayah dan ibuku. Walaupun
aku terpaksa korbankan impianku, aku sanggup demi melihat mereka tersenyum
gembira Ya Allah… Rahmatilah kehidupan ayah & ibuku.. Satukan mereka dengan
mawaddah dan rahmahMu Ya Rahim…
Hidupku hanya ingin bertunjangkan akidah yang
benar & hak ( أهل السنة والجماعة ),
ikutanku hanyalah Nabi & para sahabat serta ahlul bait dan peganganku hanya
al-Quran serta as-sunnah yang benar, amin Ya Rabb.
لا إله إلا الله محمد رسول الله !
Ya Rahman, Ya Rahim.. Aku amat sayangkan ayah
& ibuku. Merekalah kehidupanku. Aku berterima kasih pada ayahku kerana
mendidikku dengan akidah yang benar. Ucapan sayang tak terhingga buat ibuku
kerana menjagaku dengan baik… Berkatilah kehidupan mereka Ya Allah.
Masih banyak yang ingin aku lakarkan, tetapi
sehingga habis dakwat & kertas sekalipun masih tak mampu untuk
menggambarkan perasaanku pada saat ini. Sesungguhnya aku terlalu bahagia Ya
Rahman, alhamdulillah.
11.05 p.m ( Hostel Acacia, Nilai, USIM )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan