Salah satu impianku yang tak pernah padam ialah sambung belajar.
Keinginan sentiasa ada namun dek kekangan masa, ruang, peluang & kewangan menjadikan impianku tertunda seketika.
Sewaktu mengajar anak-anak pelajar, saya sentiasa beritahu mereka bahawa kamu semua beruntung kerana dapat belajar dengan tenang tanpa memikirkan tanggungjawab lain.
Andai saya diberi peluang, antara kerja & belajar, saya akan memilih untuk sambung belajar. Kenapa?? Kerana minat saya yang cukup tinggi terhadap Bahasa Arab 😣.
Cinta & minat saya terhadap Bahasa Arab tak terungkap. Walaupun kini saya seorang guru Bahasa Arab namun, saya merasakan ilmu yang saya ada masih cetek & tandus.
Saya amat dahagakan perjalanan seorang penimba & pencinta ilmu terutama Bahasa Arab 😖.
Namun, kadang-kadang yang menjadikan saya lemah & kurang yakin dengan diri sendiri ialah kerana "kewangan" 😞. Bukan sedikit wang yang perlu dilaburkan untuk meneruskan perjalanan "master" ini. Sekurang-kurangnya 10k perlu ada di dalam genggaman.
Saya selalu berseloroh juga dengan anak-anak pelajar, "siapa yang kaya tu, boleh la pm saya ya 😂, tergelak mereka dengan usikan saya. Tapi kata-kata saya benar sebenarnya, kalau lah ada orang yang ingin menaja perjalanan "master" saya ini, in shaa Allah saya tak akan mensia-siakannya kerana peluang hanya datang sekali dalam hidup 😭.
Doakan saya semoga cita-cita saya tercapai 😟.
Jarang benar saya menaip panjang begini.. Tapi kerana sudah terlalu lama saya pendamkan hasrat serta keinginan di hati, maka terhasillah lakaran hati yang tidak seberapa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan