Jumaat, 31 Mei 2013

Tawaran Hebat!!

Panji Islam
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam jumaat sahabat-sahabat semua?Apa khabar agaknya kalian semua yea?Ana harap, kalian semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah, insyaAllah. Dikesempatan ini, ana ingin kongsikan sedikit kata-kata yang diadaptasi daripada majalah solusi, isu 55, kata dua dari Muhammad Luqman Makhtar, Editor Solusi. Semoga ia berfaedah & memberi jalan yang cerah serta bersinar kepada sesiapa yang masih mencari erti hidup yang sebenar, insyaAllah..
  • Tak kan Tidak Mahu..
  Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t. tersebut!!

1- Tak kan tidak mahu...
   dekat dengan Allah?
   = "Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu)." (Riwayat Muslim)
2-  Tak kan tidak mahu...
      berada dalam penjagaan Allah?
   = "Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah." (Riwayat Muslim)
3- Tak kan tidak mahu...
     dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
   = "Sesiapa yang mengucapkan: 'subhanallah wa bihamdihi' setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil), sekalipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4- Tak kan tidak mahu...
     doa dimakbulkan?
   = "Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: "Semoga bagimu yang seumpama itu." (Riwayat Muslim)
5- Tak kan tidak mahu...
     Allah berselawat untuk kita?
   = "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali." (Riwayat Muslim)
6- Tak kan tidak mahu...
     dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
    = "Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)
7- Tak kan tidak mahu...
     dibina untukmu rumah di dalam syurga?
    = "Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat  selain solat fardu setiap hari, melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." (Riwayat Muslim)
8- Tak kan tidak mahu...
     pahala berqiamullail sepanjang malam?
   = "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail sepanjang malam." (Riwayat Muslim)
9- Tak kan tidak mahu...
     pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
   = "Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10- Tak kan tidak mahu...
      pahala berterusan walaupun setelah meniggal dunia?
   = Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah-sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
        "Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)
  

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ahad, 26 Mei 2013

Ubat Hati


Assalamualaikum W.B.T.

     Apa khabar wahai hati? Apa khabar duhai jiwa? Apa khabar dengan imanmu..
Sahabat-sahabat semua, kekadang kita terlupa bahawa kita adalah makhluk ciptaanNya yang sentiasa melakukan salah & silap. Terkadang kita juga alpa bahawa kita adalah khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan segala macam kewajipan ke atas kita, betul tak?
      Sebab itulah duhai hati & jiwaku yang senantiasa alpa dengan nikmat serta kurniaanNya ini, perlu diberi makanan rohani. Makanan rohani adalah seperti zikir, bermuhasabah diri, bermusafir melihat ciptaan Allah dan sebagainya. Dengan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan semula roh serta jasad kita yang kehausan rahmat dan kasih sayang Sang Pencipta.
       Selain itu juga, dengan mengingati Allah, jiwa kita akan menjadi tenang dan kita akan senantiasa merasakan Allah bersama kita, betul tak? Di sini ana nak kongsikan beberapa jenis hati, insyaAllah ia bermanfaat untuk semua :-)

   Para ulama telah menyatakan, Allah s.w.t. telah mengkategorikan hati kepada tiga jenis.
  1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci. Aapabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.
Hati yang bersih


Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.
Hati telah dikotori & akan mati
   Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah s.w.t. dan RasulNya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan.
   Nafsu dan syaitan akan mencorakkan hati manusia dengan sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
    Selain itu, golongan ini hanya mendengar seruan syaitan dan iblis kerana hatinya telah dibutakan oleh nafsu. Sesiapa yang berkawan dengan golongan ini, dibimbangi akan mengikut dan terpengaruh hatinya kerana mereka akan diracuni hati dan fikirannya.


   Manakah pilihan anda dalam menentukan sebuah kehidupan? Tepuk dada, tanya IMAN..








3. Qalbun Maridh
  Hati ini adalah golongan yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan sifat yang tercela ini.
  •  Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi :
  1. Motivasi untuk mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat.
  2. Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan dunia yang sifatnya hanya sementara.
* Petikan dari buku motivasi diri, Ubat Hati, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman.

Pasrah dengan Istikharah


                                                             Istikharah kepada Allah
                                                       Musyawarrah dengan Manusia 

     Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. 
Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.
     Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.
      Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.
      Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila seorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi dan lain-lain)
      Namun, dalam bermusyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah :
  • Soleh dan bertakwa.
  • Berilmu.
  • Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar.
  • Amanah.
Allah s.w.t. menyuruh Rasulullah s.a.w. bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka.




       Setelah semua langkah telah dilakukan, kalian semua jangan lupa untuk terus berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat redha dan rahmat Allah. InsyaAllah, jika kita benar-benar bergantung hanya padaNya, apa yang kita impikan dan hajatkan kita akan dapat, insyaAllah.


Peganglah erat-erat bahawa tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Mustahil bagi Allah untuk mengecewakan hambaNya yang menyerahkan segala urusan hidup kepadaNya. Jangan ragui lagi kasih sayang Allah yang melimpah, pasrahlah dengan istikharah!

*Dipetik dari majalah Solusi (Isu No. 42), Bagaimana Iman Mempengaruhi Pilihan? & Pasrah dengan Istikharah (Pahrol Mohamad Juoi) 2012.


Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...