Ahad, 26 Mei 2013

Pasrah dengan Istikharah


                                                             Istikharah kepada Allah
                                                       Musyawarrah dengan Manusia 

     Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. 
Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.
     Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.
      Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.
      Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila seorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi dan lain-lain)
      Namun, dalam bermusyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah :
  • Soleh dan bertakwa.
  • Berilmu.
  • Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar.
  • Amanah.
Allah s.w.t. menyuruh Rasulullah s.a.w. bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka.




       Setelah semua langkah telah dilakukan, kalian semua jangan lupa untuk terus berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat redha dan rahmat Allah. InsyaAllah, jika kita benar-benar bergantung hanya padaNya, apa yang kita impikan dan hajatkan kita akan dapat, insyaAllah.


Peganglah erat-erat bahawa tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Mustahil bagi Allah untuk mengecewakan hambaNya yang menyerahkan segala urusan hidup kepadaNya. Jangan ragui lagi kasih sayang Allah yang melimpah, pasrahlah dengan istikharah!

*Dipetik dari majalah Solusi (Isu No. 42), Bagaimana Iman Mempengaruhi Pilihan? & Pasrah dengan Istikharah (Pahrol Mohamad Juoi) 2012.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...