Ahad, 26 Mei 2013

Ubat Hati


Assalamualaikum W.B.T.

     Apa khabar wahai hati? Apa khabar duhai jiwa? Apa khabar dengan imanmu..
Sahabat-sahabat semua, kekadang kita terlupa bahawa kita adalah makhluk ciptaanNya yang sentiasa melakukan salah & silap. Terkadang kita juga alpa bahawa kita adalah khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan segala macam kewajipan ke atas kita, betul tak?
      Sebab itulah duhai hati & jiwaku yang senantiasa alpa dengan nikmat serta kurniaanNya ini, perlu diberi makanan rohani. Makanan rohani adalah seperti zikir, bermuhasabah diri, bermusafir melihat ciptaan Allah dan sebagainya. Dengan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan semula roh serta jasad kita yang kehausan rahmat dan kasih sayang Sang Pencipta.
       Selain itu juga, dengan mengingati Allah, jiwa kita akan menjadi tenang dan kita akan senantiasa merasakan Allah bersama kita, betul tak? Di sini ana nak kongsikan beberapa jenis hati, insyaAllah ia bermanfaat untuk semua :-)

   Para ulama telah menyatakan, Allah s.w.t. telah mengkategorikan hati kepada tiga jenis.
  1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci. Aapabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.
Hati yang bersih


Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.
Hati telah dikotori & akan mati
   Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah s.w.t. dan RasulNya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan.
   Nafsu dan syaitan akan mencorakkan hati manusia dengan sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
    Selain itu, golongan ini hanya mendengar seruan syaitan dan iblis kerana hatinya telah dibutakan oleh nafsu. Sesiapa yang berkawan dengan golongan ini, dibimbangi akan mengikut dan terpengaruh hatinya kerana mereka akan diracuni hati dan fikirannya.


   Manakah pilihan anda dalam menentukan sebuah kehidupan? Tepuk dada, tanya IMAN..








3. Qalbun Maridh
  Hati ini adalah golongan yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan sifat yang tercela ini.
  •  Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi :
  1. Motivasi untuk mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat.
  2. Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan dunia yang sifatnya hanya sementara.
* Petikan dari buku motivasi diri, Ubat Hati, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...