Ahad, 1 November 2020

Dalam kelas tahun 6.

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum abang.

Abang, terima kasih kerana banyak membantu sayang selama ini dalam urusan rumahtangga. Sayang minta maaf di atas kesalahan sayang pada abang.

Sayang tahu, abang banyak terasa dengan sikap dan perangai sayang. Abang banyak bantu sayang membesarkan Wafiq. Sayang banyak biarkan abang dengan Wafiq. Sayang minta maaf kerana marah-marah abang tanpa abang balas pun.

Terima kasih abang kerana menerima kelemahan dan kekurangan diri sayang. Sesungguhnya sayang amat bersyukur kerana abang hadir dalam hidup sayang. Jaga sayang, jaga Wafiq.

Sesungguhnya, abang adalah suami yang terbaik. Jom sama-sama kita perbaiki kekurangan dan kekhilafan dalam rumahtangga kita untuk meraih kasih sayang Allah.

Abang, doakan sayang. Semoga sayang dapat menjadi isteri solehah, penyejuk mata, penawar hati dan menjadi ibu yang terbaik buat Wafiq.

Abang, sejujurnya sayang rasa tak layak nak didik Wafiq. Kesian dia selalu menjadi tempat sayang melepaskan kemarahan dan kalau sayang letih, sayang tak layan dia.

Sayang kesiankan Wafiq sebab dapat ibu macam sayang. Jahatkan sayang... Maafkan umi sayang.

Abang, marilah sama-sama kita sirami rumahtangga kita dengan ilmu agama. Didik Wafiq dengan ajaran agama yang betul. Semoga kita sekeluarga dapat masuk syurga dan kekal di dalamnya selama-lamanya, allahumma aamin.

Mari kita sama-sama kukuhkan bait muslim kita dengan ajaran agama yang mantap. Kurangkan lagha, banyakkan nasihat-menasihati, tegur-menegur salah silap, bantu-membantu antara satu sama lain.

Semoga bahtera rumahtangga yang kita bina dimasukkan mawaddah wa rahmah dan dipandang dengan penuh redha oleh Allah Yang Maha Esa, Aamin.

Terima kasih abang, suami tersayang dan tercinta.

Ikhlas daripada isterimu tercinta ; Ummu Norain.

4.18 P.M

8/10/2020

MTISI, Puncak Alam.

Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar ; 8.15 A.M.

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum akak dan abang din.

Pertama sekali ain nak ucapkan ribuan terima kasih kerana pengorbanan dan tanggungjawab kalian terhadap ain dan abang. Alhamdulillah, perkahwinan kami dah cukup setahun. Banyak benda yang kami belajar dan tempuh. Ain nak ucapkan terima kasih sebab memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan semangat kepada kami.

Walaupun ain tak dapat nak merasai kasih sayang ibu dan ayah mertua, ain tahu dan ain yakin, abang din dan kakak telah melengkapkan tanggungjawab itu. Terima kasih sekali lagi kepada akak dan abang din. Ain mohon beribu kemaafan andai terkasar bahasa dan ada perangai ain yang akak dan abang din terasa.

Ain mohon abang din dan akak terus memberi tunjuk ajar kepada kami. Perjalanan rumahtangga kami masih jauh. Ain berterima kasih pada akak kerana telah mendidik abang menjadi insan yang penyayang, bertanggungjawab dan penyabar. Abang adalah anugerah terindah buat ain.

Ain tak mampu nak meluahkan dengan kata-kata. Ain hanya mampu untuk menulis pada kertas ini. Maafkan ain.

Akak dan abang din, doakan kami ya. Semoga rumahtangga kami boleh jadi macam kalian.

Terima kasih untuk segala-galanya akak dan abang din.


Rabu ; 28/3/2018.

27/2/2016 ( Sabtu ).

 8.55 PM

Asrama Saran, Rawang.

Surat Cinta Buat Ibunda & Ayahanda.

Assalamualaikum w.b.t. Kehadapan umi & abah yang kak sayang. 

Umi, abah, kak sayang sangat umi abah. Terima kasih kerana telah membesarkan kak dengan penuh kasih sayang.

Umi, abah di saat ini, hanya 1 yang ingin kak ucapkan, bahawa dengan berkat sabar umi abah, kak mampu menjadi manusia yang berdikari. 

Kak mampu berjauhan dengan umi abah walaupun hati sebenarnya sedih. Sebab terpaksa merantau jauh. Setelah kak dewasa ni, barulah kak faham erti sebenar sebuah 'kehidupan'. 

Umi, abah, maafkanlah segala salah dan silap kak. Selama kak hidup, mesti sudah berjuta-juta kali hati & perasaan umi & abah kak lukai & hancurkan.

 Umi, engkaulah yang mengajarku erti sebuah kehidupan. Terima kasih kerana memberiku peluang & ruang untuk terus hidup.

Abah, engkaulah wiraku, engkaulah heroku. Aku amat menyayangimu wahai ayah. Kasih, sayang, cinta yang engkau berdua zahirkan, memberi seribu 1 impak yang amat besar


Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...