8.55 PM
Asrama Saran, Rawang.
Surat Cinta Buat Ibunda & Ayahanda.
Assalamualaikum w.b.t. Kehadapan umi & abah yang kak sayang.
Umi, abah, kak sayang sangat umi abah. Terima kasih kerana telah membesarkan kak dengan penuh kasih sayang.
Umi, abah di saat ini, hanya 1 yang ingin kak ucapkan, bahawa dengan berkat sabar umi abah, kak mampu menjadi manusia yang berdikari.
Kak mampu berjauhan dengan umi abah walaupun hati sebenarnya sedih. Sebab terpaksa merantau jauh. Setelah kak dewasa ni, barulah kak faham erti sebenar sebuah 'kehidupan'.
Umi, abah, maafkanlah segala salah dan silap kak. Selama kak hidup, mesti sudah berjuta-juta kali hati & perasaan umi & abah kak lukai & hancurkan.
Umi, engkaulah yang mengajarku erti sebuah kehidupan. Terima kasih kerana memberiku peluang & ruang untuk terus hidup.
Abah, engkaulah wiraku, engkaulah heroku. Aku amat menyayangimu wahai ayah. Kasih, sayang, cinta yang engkau berdua zahirkan, memberi seribu 1 impak yang amat besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan