Ahad, 1 November 2020

Dalam kelas tahun 6.

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum abang.

Abang, terima kasih kerana banyak membantu sayang selama ini dalam urusan rumahtangga. Sayang minta maaf di atas kesalahan sayang pada abang.

Sayang tahu, abang banyak terasa dengan sikap dan perangai sayang. Abang banyak bantu sayang membesarkan Wafiq. Sayang banyak biarkan abang dengan Wafiq. Sayang minta maaf kerana marah-marah abang tanpa abang balas pun.

Terima kasih abang kerana menerima kelemahan dan kekurangan diri sayang. Sesungguhnya sayang amat bersyukur kerana abang hadir dalam hidup sayang. Jaga sayang, jaga Wafiq.

Sesungguhnya, abang adalah suami yang terbaik. Jom sama-sama kita perbaiki kekurangan dan kekhilafan dalam rumahtangga kita untuk meraih kasih sayang Allah.

Abang, doakan sayang. Semoga sayang dapat menjadi isteri solehah, penyejuk mata, penawar hati dan menjadi ibu yang terbaik buat Wafiq.

Abang, sejujurnya sayang rasa tak layak nak didik Wafiq. Kesian dia selalu menjadi tempat sayang melepaskan kemarahan dan kalau sayang letih, sayang tak layan dia.

Sayang kesiankan Wafiq sebab dapat ibu macam sayang. Jahatkan sayang... Maafkan umi sayang.

Abang, marilah sama-sama kita sirami rumahtangga kita dengan ilmu agama. Didik Wafiq dengan ajaran agama yang betul. Semoga kita sekeluarga dapat masuk syurga dan kekal di dalamnya selama-lamanya, allahumma aamin.

Mari kita sama-sama kukuhkan bait muslim kita dengan ajaran agama yang mantap. Kurangkan lagha, banyakkan nasihat-menasihati, tegur-menegur salah silap, bantu-membantu antara satu sama lain.

Semoga bahtera rumahtangga yang kita bina dimasukkan mawaddah wa rahmah dan dipandang dengan penuh redha oleh Allah Yang Maha Esa, Aamin.

Terima kasih abang, suami tersayang dan tercinta.

Ikhlas daripada isterimu tercinta ; Ummu Norain.

4.18 P.M

8/10/2020

MTISI, Puncak Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...