Ahad, 14 Julai 2013

DIRIKU YANG KHILAF

Aku dilahirkan untuk menjadi khalifah & hamba Allah yang sentiasa mendambakan hidayah & petunjuknya…
Aku dilahirkan untuk Islam,
Aku dilahirkan  untuk agama,
Aku dilahirkan untuk membantu,
Memperjuangkan syiar Islam.
Aku dilahirkan untuk beribadat kepada Allah Yang Esa..
Aku dilahirkan untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku,
Aku dilahirkan bukan untuk menderhaka,
Apatah lagi untuk melanggar hukum-hakam Tuhan…
Tetapi, itulah khilafnya manusia,
Apabila diberi sedikit nikmat & kesenangan,
Maka mulalah mereka alpa & hanyut dengan godaan duniawi….
Sedarkah kamu wahai insan bernama manusia???
Sampai bilakah hidupmu mahu membelakangkan & melanggar perintah Allah…
Sesungguhnya hidup & dunia ini adalah sementara & fana semata-mata…
Buka langkah, tekadkan azam,
Serta melangkahlah menuju keampunan & menggapai redha Allah Rabbul ‘Izzati..

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

               Buat Diri Yang Khilaf & Alpa Dengan Ujian Allah…
               Shauqah Imtiyaz.
              Selasa (25/6/2013).

             9:03 Minit Pagi.

Jumaat, 31 Mei 2013

Tawaran Hebat!!

Panji Islam
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam jumaat sahabat-sahabat semua?Apa khabar agaknya kalian semua yea?Ana harap, kalian semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah, insyaAllah. Dikesempatan ini, ana ingin kongsikan sedikit kata-kata yang diadaptasi daripada majalah solusi, isu 55, kata dua dari Muhammad Luqman Makhtar, Editor Solusi. Semoga ia berfaedah & memberi jalan yang cerah serta bersinar kepada sesiapa yang masih mencari erti hidup yang sebenar, insyaAllah..
  • Tak kan Tidak Mahu..
  Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t. tersebut!!

1- Tak kan tidak mahu...
   dekat dengan Allah?
   = "Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu)." (Riwayat Muslim)
2-  Tak kan tidak mahu...
      berada dalam penjagaan Allah?
   = "Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah." (Riwayat Muslim)
3- Tak kan tidak mahu...
     dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
   = "Sesiapa yang mengucapkan: 'subhanallah wa bihamdihi' setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil), sekalipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4- Tak kan tidak mahu...
     doa dimakbulkan?
   = "Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: "Semoga bagimu yang seumpama itu." (Riwayat Muslim)
5- Tak kan tidak mahu...
     Allah berselawat untuk kita?
   = "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali." (Riwayat Muslim)
6- Tak kan tidak mahu...
     dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
    = "Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)
7- Tak kan tidak mahu...
     dibina untukmu rumah di dalam syurga?
    = "Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat  selain solat fardu setiap hari, melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." (Riwayat Muslim)
8- Tak kan tidak mahu...
     pahala berqiamullail sepanjang malam?
   = "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail sepanjang malam." (Riwayat Muslim)
9- Tak kan tidak mahu...
     pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
   = "Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10- Tak kan tidak mahu...
      pahala berterusan walaupun setelah meniggal dunia?
   = Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah-sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
        "Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)
  

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ahad, 26 Mei 2013

Ubat Hati


Assalamualaikum W.B.T.

     Apa khabar wahai hati? Apa khabar duhai jiwa? Apa khabar dengan imanmu..
Sahabat-sahabat semua, kekadang kita terlupa bahawa kita adalah makhluk ciptaanNya yang sentiasa melakukan salah & silap. Terkadang kita juga alpa bahawa kita adalah khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan segala macam kewajipan ke atas kita, betul tak?
      Sebab itulah duhai hati & jiwaku yang senantiasa alpa dengan nikmat serta kurniaanNya ini, perlu diberi makanan rohani. Makanan rohani adalah seperti zikir, bermuhasabah diri, bermusafir melihat ciptaan Allah dan sebagainya. Dengan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan semula roh serta jasad kita yang kehausan rahmat dan kasih sayang Sang Pencipta.
       Selain itu juga, dengan mengingati Allah, jiwa kita akan menjadi tenang dan kita akan senantiasa merasakan Allah bersama kita, betul tak? Di sini ana nak kongsikan beberapa jenis hati, insyaAllah ia bermanfaat untuk semua :-)

   Para ulama telah menyatakan, Allah s.w.t. telah mengkategorikan hati kepada tiga jenis.
  1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci. Aapabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.
Hati yang bersih


Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.
Hati telah dikotori & akan mati
   Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah s.w.t. dan RasulNya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan.
   Nafsu dan syaitan akan mencorakkan hati manusia dengan sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
    Selain itu, golongan ini hanya mendengar seruan syaitan dan iblis kerana hatinya telah dibutakan oleh nafsu. Sesiapa yang berkawan dengan golongan ini, dibimbangi akan mengikut dan terpengaruh hatinya kerana mereka akan diracuni hati dan fikirannya.


   Manakah pilihan anda dalam menentukan sebuah kehidupan? Tepuk dada, tanya IMAN..








3. Qalbun Maridh
  Hati ini adalah golongan yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan sifat yang tercela ini.
  •  Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi :
  1. Motivasi untuk mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat.
  2. Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan dunia yang sifatnya hanya sementara.
* Petikan dari buku motivasi diri, Ubat Hati, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman.

Pasrah dengan Istikharah


                                                             Istikharah kepada Allah
                                                       Musyawarrah dengan Manusia 

     Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. 
Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.
     Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.
      Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.
      Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila seorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi dan lain-lain)
      Namun, dalam bermusyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah :
  • Soleh dan bertakwa.
  • Berilmu.
  • Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar.
  • Amanah.
Allah s.w.t. menyuruh Rasulullah s.a.w. bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka.




       Setelah semua langkah telah dilakukan, kalian semua jangan lupa untuk terus berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat redha dan rahmat Allah. InsyaAllah, jika kita benar-benar bergantung hanya padaNya, apa yang kita impikan dan hajatkan kita akan dapat, insyaAllah.


Peganglah erat-erat bahawa tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Mustahil bagi Allah untuk mengecewakan hambaNya yang menyerahkan segala urusan hidup kepadaNya. Jangan ragui lagi kasih sayang Allah yang melimpah, pasrahlah dengan istikharah!

*Dipetik dari majalah Solusi (Isu No. 42), Bagaimana Iman Mempengaruhi Pilihan? & Pasrah dengan Istikharah (Pahrol Mohamad Juoi) 2012.


Isnin, 29 April 2013

MOTIVASI DIRI

بسم الله الرحمن الريم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JANGAN SALAHKAN MOOD
      Tip Jana Mood Belajar

        1- Senyum
             Percaya atau tidak, apabila anda kerap menguntumkan senyuman, tubuh anda bakal mengetepikan stres dan menjana keceriaan. Tambahan pula, kajian juga menunjukkan betapa dengan senyuman, kesihatan akan lebih terjamin. Dan yang paling menarik, bukankah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa senyum itu sedekah? Jadi senyumlah mulai sekarang!
            Dengan senyuman, anda bakal mencipta perasaan relaks, membina emosi gembira dan memudahkan anda untuk menghadap buku (bukan Facebook ya!) dengan kesungguhan yang lebih tinggi. Abang Badr cadangkan anda lakukan kaedah ini sambil menghadap cermin, insya-Allah kesannya lebih cepat dan impaknya lebih mendalam. Tak percaya? Cubalah!
         2-Bersyukur dan berterima kasih
         Cari jalan untuk mensyukuri semua nikmat yang Allah kurniakan. Kehebatan sifat ini akan mengundang 1001 lagi nikmat lain yang tidak terhitung jumlahnya.

   Cuba lihat di sekeliling anda :
  •  Bersyukurkah hari ini apabila Allah masih menganugerahkan gelaran sebagai seorang Muslim?
  •  Bersyukurkah hari ini apabila Allah masih mengizinkan mata mampu memandang, telinga mampu mendengar dan mulut mampu berbicara?
  •  Dan bersyukurkah hari ini tatkala ramai remaja yang cenderung membaca bahan hiburan yang melalaikan, anda dilorongkan oleh Allah untuk menatap bahan ilmiah yang bermanfaat?
         Jom kita bersyukur! Bersyukur atas segalanya dan anda akan rasakan betapa tubuh badan anda akan menjadi lebih ringan dan bertenaga untuk melakukan apa-apa sahaja tugas. Inilah saatnya untuk anda menjamah ilmu di buku dan mengizinkan minda mencerap isi bacaanmu.
           3-Bermain bukan main-main
              Biar betul? Sedar atau tidak, sejak kecil, kita banyak belajar tentang kehidupan menerusi permainan. Kita belajar tentang kejujuran menerusi permainan sorok-sorok. Kita belajar tentang kepantasan dan strategi daripada permainan baling selipar. Dan kita kenal erti kerjasama daripada permainan bola sepak. Kenapa? Ini kerana saat kita bermain, kita bermain dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar keceriaan yang kita miliki, malah kita serius dalam setiap saat kita bermain. Bukankah ini yang anda perlukan ketika belajar?
              Masalah pelajar kecundang adalah mereka suka main-main! Mereka tidak fokus dan tidak ceria. Mereka tidak serius ketika belajar. Akhirnya proses pembelajaran yang sepatutnya menarik menjadi hambar dan membosankan kerana mereka tidak bijak "bermain" ketika belajar.
               Pelajar cemerlang lain pula ceritanya. Mereka menganggap membaca buku sebagai satu pengembaraan mencari jawapan. Mereka berlumba dengan masa. Mereka mencabar keupayaan diri dan dan melakukan dengan bersungguh-sungguh setiap latihan yang diberi. Mereka seronok dan puas setiap kali misi mereka berjaya disempurnakan. Mereka "bermain" dan bukannya main-main! Kerana itulah mereka berjaya mencapai impian dan meninggalkan pelajar kecundang tercungap-cungap bersama angan-angan!
    Sekadar Hiasan
  • Dipetik dari : Majalah Gen-Q, Februari 2013, Halaman Motivasi Diri, Ahmad Badrul Sani Baharuddin (Ketua Jurulatih Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC)).
   Apakah tindakan anda setelah membaca artikel ini? Adakah anda hanya membacanya tanpa menghayati dan menyelami setiap bait patah perkataan yang ditulis atau sudah mula berkira-kira tindakan yang bakal diambil setelah mendapat tip yang berguna ini? Tepuk dada, tanya iman.. :-)
  Walau apa pun langkah serta tindakan yang bakal anda ambil, ingatlah! Mesti melakukan perancangan dengan serapinya agar tindakan yang bakal anda ambil nanti, tidak akan mendatangkan masalah pada diri anda, insyaAllah. Bittaufiq wan najah. Wassalam.

Keluarga Berkualiti Mengikut Acuan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

           Keluarga merupakan sebuah institusi yang bakal membentuk generasi yang cemerlang serta unggul peribadinya. Melalui didikan serta tarbiyah daripada ibu bapa, anak-anak bakal mendapatkan pengajian secara formal dan tidak formal. Mereka juga bakal menjadikan ibu bapa sebagai role model dalam kehidupan seharian mereka.
            Namun, pada zaman millennium ini, remaja kebanyakannya semakin jauh tersasar daripada landasan kehidupan mereka sebagai seorang anak, remaja, pelajar, hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Sejauh manakah keberkesanan dan penghayatan mereka terhadap nilai-nilai akhlak Islam?
            Sedih, apabila melihat generasi seusiaku terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Apakah sebenarnya yang mereka perlukan dalam kehidupan? Adakah institusi kekeluargaan perlu dipersalahkan atau ibu bapa kurang memberikan perhatian yang sepatutnya kepada mereka?
            Akhirnya, jalan penyelasaian bagi kekeliruan serta kebingungan yang melanda remaja kita pada hari ini ialah, tidak dapat tidak ibu bapa perlulah kembali kepada institusi kekeluargaan cara Islam. Islam merupakan agama yang syumul serta sesuai hingga sepanjang hayat kehidupan manusia, wallahua’lam.

Ciri-ciri asas keluarga berkualiti :-

1-  Sakinah ( ketenangan ) – Ketenangan melahirkan suasana aman dan harmoni.
2- Mawaddah ( kasih sayang ) – Kasih sayang mengikat hubungan sesama ahli keluarga.
3- Rahmah ( rahmat ) – Memastikan setiap ahli keluarga mendapat keredhaan Allah.
4- Aqidah dan ketaqwaan – Memelihara rumah tangga daripada campur tangan nafsu dan syaitan.
5- Mendirikan solat – Solat merupakan tiang agama yang dapat mengukuhkan kerukunan rumah tangga.
6- Hormat-menghormati – Hormat-menghormati akan membantu mengekalkan kasih sayang.
7- Adil – Hendaklah berlaku adil dalam menguruskan keperluan rumah tangga.

             
Keluarga Sakinah & Rahmah

Jumaat, 22 Mac 2013



بسم الله الرحمن الرحيم

PESANAN UNTUK REMAJA

Buletin Tarbiah (Bilangan 328)
18 Rejab 1429/ 201 Julai 2008
Diterbitkan oleh Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah (BADATI) MMP

Rasulullah S.A.W. berpesan dengan sabdanya:

Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidup kamu sebelum kamu mati, sihat kamu sebelum kamu sakit, kelapangan kamu sebelum kamu sibuk, muda kamu sebelum kamu tua, kaya kamu sebelum kamu miskin. (Riwayat Baihaqi).
            Zaman muda merupakan zaman yang paling berharga dan penting kepada manusia. Pada zaman inilah masa perkembangan jiwa dan minda. Oleh itu, remaja selalu terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang memerlukan iman yang teguh. Jika tidak tentu arah akan terjerumus dan terperangkap ke dalam kebinasaan. Ingatlah bahawa setiap perkara akan disoal dihadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Antara pertanyaan yang akan dikemukakan ialah tentang zaman muda – bagaimana ia dipenuhi.
            Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya: Kedua – dua kaki anak adam itu tetap akan berdiri dihadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga selesai ditanya tentang 4 perkara:-
1)   Tentang umurnya untuk apa dihabiskan.
2)   Tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan.
3)   Tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4)   Tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.
(Riwayat Tirmizi)


            Kepada angkatan muda mudi Islam, hendaklah mengambil ingatan terhadap hadis tadi, agar dapat menjadi anggota masyarakat Islam yang menghargai nilai-nilai hidup yang mulia dan berfaedah kepada agama, bangsa dan tanahair. Kita seharusnya sedar, terhadap sejumlah besar muda- mudi yang dilamun kehidupan bertunjangkan hawa nafsu dan petunjuk iblis sehingga mereka sanggup melanggar tegahan Allah dan Rasulnya samada kerana buta agama atau mahu mencari kepuasan hidup . Mereka sanggup memilih kehidupan liar, yang akan memusnahkan dan menghancurkan masa depan mereka. Mereka lebih senang berada ditempat-tempat hiburan, kelab-kelab malam, pertunjukkan pentas yang tidak terkecuali dari bermacam-macam maksiat dan perkara mungkar.
            Dengan itu, akan larislah akhlak yang buruk, pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak ada batasan dan membuahkan gejala-gejala buruk seperti zina, pengambilan dadah, rompak, pergaduhan dan pembunuhan. Mengapakah kita sanggup memilih cara hidup sedemikian? Hidup yang dilaknat Allah S.W.T. dan dibenci oleh anggota masyarakat yang inginkan ketenteraman dan kedamaian. Masa adalah nikmat yang paling berharga bagi kita. Oleh itu, masa yang hilang tidak dapat ditukar ganti. Kita harus sedar betapa pentingnya masa. Manusia sentiasa mengabaikan perjalanan masa dalam kehidupannya kecuali mereka yang soleh, tegur-menegur antara satu sama lain tentang kebesaran janji-janji Allah serta sabar dengan dugaannya.
            Bagi angkatan belia dan beliawanis Islam yang memahami hakikat ini, sudah sewajarnya mereka mengisi masa dengan usaha-usaha yang berfaedah. Mereka harus mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. yang telah mengisi masa remaja baginda dengan perkara yang baik dan berfaedah seperti mengembala kambing dan berniaga dengan penuh minat, jujur dan amanah sehingga baginda berjaya dalam hidup sebagai seorang pemuda yang rajin dan cergas, menjadi seorang pemimpin yang disayangi dan dipatuhi, samada dalam kehidupan seharian atau dimedan perang.
            Baginda berjaya mengembeling angkatan muda bagi melaksanakan perjuangan Islam seperti Ali bin Abi Talib r.a, Usamah bin Zaid dan ramai lagi para sahabat yang cemerlang dalam sejarah perkembangan Islam.
            Setiap apa yang dilakukan berpedoman kepada firman Allah A.W.T. dalam surah at-Taubah, ayat 105:
Maksudnya: Dan katakanlah(Muhammad) : Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin  akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah) yang mengetahui akan ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
            Kita berdoa semoga pemuda-pemuda kita dimasukkan ke dalam golongan pemuda-pemuda Ashabul-Kahfi, yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Kahfi ayat 13:
Maksudnya: Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
            Sebagai seorang remaja yang mengharungi kehidupan pada zaman millennium ini, mereka memerlukan kekuatan jati diri yang bukan sahaja mantap serta utuh, tetapi mereka juga memerlukan bekalan iman   dan   taqwa sebagai penyuluh kehidupan                               
  
Cantikkah Islam jika dipandang terdapat compang- camping pada pegangan seorang hamba Allah? Berserikah jalan menuju abadi andai tidak disusuli dengan iman dan taqwa.. Menyelusuri sunnah perjuangan para   Nabi dan para sahabat serta salafus soleh dalam meninggikan & mengangkat  syiar Islam di puncak kegemilangan pada abad lalu.

Begitu pahit, pedih, getir, suka dan duka terpaksa dilalui untuk mengharungi badai mehnah  penyiksaan oleh kaum Quraish, kafir, munafik dalam menghalang dakwah Islamiyyah berkembang biak. Namun pada hari ini, sirah para Nabi menjadi jumud dan kolot pada pandangan zahir     seorang insan yang tidak ingin berpegang dan beramal dengan ajaran dan hukum-hakam Islam, astaghfirullahal’azim.                                                          
Tiada istilah bersenang- lenang, bersuka ria dalam kamus kehidupan seorang pejuang Islam. Setiap masa dan waktu diisi dengan perkara bermanfaat dan berfaedah. Masa rehat dan santai dipenuhi dengan limpahan ilmu untuk memantapkan diri dengan keimanan kepadaNya. Mengkaji, menyelidik dan terus melakukan proses pencarian ilmu agar menjadi benteng daripada panahan materialistik dunia.
Rintik-rintik peluh setia menemani menjadi teman dikala kepanasan dan  menjadi kekasih dikala kesejukan pada waktu malam. Lakaran waktu memainkan peranan dengan begitu penting sehinggakan tiada waktu untuk bermanja dengan diri sendiri. Masa begitu suntuk dan padat dengan temujanji penting bersama kekasih sejati dan abadi iaitu Allah Rabbul ‘Izzati..
Cetusan Ilham : Shauqah Imtiyaz.

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...