بسم الله الرحمن الرحيم
PESANAN
UNTUK REMAJA
Buletin Tarbiah (Bilangan 328)
18 Rejab 1429/ 201 Julai 2008
Diterbitkan oleh Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah
(BADATI) MMP
Rasulullah S.A.W. berpesan dengan sabdanya:
Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum
datang lima perkara, hidup kamu sebelum kamu mati, sihat kamu sebelum kamu
sakit, kelapangan kamu sebelum kamu sibuk, muda kamu sebelum kamu tua, kaya
kamu sebelum kamu miskin. (Riwayat Baihaqi).
Zaman
muda merupakan zaman yang paling berharga dan penting kepada manusia. Pada
zaman inilah masa perkembangan jiwa dan minda. Oleh itu, remaja selalu terdedah
kepada pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang memerlukan iman yang teguh. Jika
tidak tentu arah akan terjerumus dan terperangkap ke dalam kebinasaan. Ingatlah
bahawa setiap perkara akan disoal dihadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak.
Antara pertanyaan yang akan dikemukakan ialah tentang zaman muda – bagaimana ia
dipenuhi.
Sabda
Rasulullah S.A.W.
Maksudnya: Kedua – dua kaki anak adam
itu tetap akan berdiri dihadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga
selesai ditanya tentang 4 perkara:-
1)
Tentang umurnya untuk apa dihabiskan.
2)
Tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan.
3)
Tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4)
Tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.
(Riwayat
Tirmizi)
Kepada angkatan muda mudi Islam,
hendaklah mengambil ingatan terhadap hadis tadi, agar dapat menjadi anggota
masyarakat Islam yang menghargai nilai-nilai hidup yang mulia dan berfaedah
kepada agama, bangsa dan tanahair. Kita seharusnya sedar, terhadap sejumlah besar
muda- mudi yang dilamun kehidupan bertunjangkan hawa nafsu dan petunjuk iblis
sehingga mereka sanggup melanggar tegahan Allah dan Rasulnya samada kerana buta
agama atau mahu mencari kepuasan hidup . Mereka sanggup memilih kehidupan liar,
yang akan memusnahkan dan menghancurkan masa depan mereka. Mereka lebih senang
berada ditempat-tempat hiburan, kelab-kelab malam, pertunjukkan pentas yang
tidak terkecuali dari bermacam-macam maksiat dan perkara mungkar.
Dengan itu, akan larislah akhlak
yang buruk, pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak ada batasan dan
membuahkan gejala-gejala buruk seperti zina, pengambilan dadah, rompak,
pergaduhan dan pembunuhan. Mengapakah kita sanggup memilih cara hidup
sedemikian? Hidup yang dilaknat Allah S.W.T. dan dibenci oleh anggota
masyarakat yang inginkan ketenteraman dan kedamaian. Masa adalah nikmat yang
paling berharga bagi kita. Oleh itu, masa yang hilang tidak dapat ditukar ganti.
Kita harus sedar betapa pentingnya masa. Manusia sentiasa mengabaikan
perjalanan masa dalam kehidupannya kecuali mereka yang soleh, tegur-menegur
antara satu sama lain tentang kebesaran janji-janji Allah serta sabar dengan
dugaannya.
Baginda berjaya mengembeling
angkatan muda bagi melaksanakan perjuangan Islam seperti Ali bin Abi Talib r.a,
Usamah bin Zaid dan ramai lagi para sahabat yang cemerlang dalam sejarah
perkembangan Islam.
Setiap apa yang dilakukan berpedoman
kepada firman Allah A.W.T. dalam surah at-Taubah, ayat 105:
Maksudnya:
Dan katakanlah(Muhammad) : Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta
orang-orang mukmin akan melihat
pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah) yang mengetahui
akan ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan.
Kita berdoa semoga pemuda-pemuda
kita dimasukkan ke dalam golongan pemuda-pemuda Ashabul-Kahfi, yang digambarkan
oleh Allah dalam surah al-Kahfi ayat 13:
Maksudnya:
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya.
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka
dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebagai seorang remaja
yang mengharungi kehidupan pada zaman millennium ini, mereka memerlukan
kekuatan jati diri yang bukan sahaja mantap serta utuh, tetapi mereka juga
memerlukan bekalan iman dan taqwa sebagai penyuluh kehidupan
Cantikkah Islam jika dipandang terdapat
compang- camping pada pegangan seorang hamba Allah? Berserikah jalan menuju
abadi andai tidak disusuli dengan iman dan taqwa.. Menyelusuri sunnah
perjuangan para Nabi dan para sahabat serta salafus soleh dalam meninggikan & mengangkat syiar Islam di puncak kegemilangan
pada abad lalu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6P_1lO1S-RYrI0DF0avEcTvQwHDOXug2lUH7hgKWYWAVXKqFinOcIXm5sAYT4EOVUFNzudrCn3OJAzPa6MwA_6dRZxSTQmz72JKeuWaOU2C3k1qK7IjWOztcCQHtvaiwj3ij4HhPIOmo_/s400/525607_609302782420124_1125748749_n.jpg)
Tiada istilah bersenang- lenang, bersuka ria dalam kamus kehidupan
seorang pejuang Islam. Setiap masa dan waktu diisi dengan perkara bermanfaat
dan berfaedah. Masa rehat dan santai dipenuhi dengan limpahan ilmu untuk
memantapkan diri dengan keimanan kepadaNya. Mengkaji, menyelidik dan terus
melakukan proses pencarian ilmu agar menjadi benteng daripada panahan materialistik
dunia.
Rintik-rintik peluh setia menemani menjadi teman dikala kepanasan
dan menjadi kekasih dikala kesejukan
pada waktu malam. Lakaran waktu memainkan peranan dengan begitu penting
sehinggakan tiada waktu untuk bermanja dengan diri sendiri. Masa begitu suntuk
dan padat dengan temujanji penting bersama kekasih sejati dan abadi iaitu Allah
Rabbul ‘Izzati..
Cetusan Ilham : Shauqah Imtiyaz.