السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perjalan dalam sebuah kehidupan menuntut beribu kesabaran dan ketabahan. Apabila ujian Tuhan datang menyapa, disitulah keimanan diuji serta dicabar. Adakah kita rasional apabila membuat sebarang keputusan atau terus menyalahkan takdir kerana ditimpakan ujian yang amat berat? Sesungguhnya Allah ta'ala teramat adil pemberianNya. Dia tidak akan sesekali menimpakan ujian atau cabaran ke atas setiap hambaNya kecuali Dia mengetahui bahawa hambaNya mampu untuk mengharunginya dengan sabar dan tabah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghhv9e9OdwsGxnZYHkQgS125t_TIhF7cmc9ENw6mEtv7L2jmGZ_RySnHw0MMUC0GvGNJx_h224_O7J-sqh-33UceNhQtLA4bdr46ZRSlU9XRjxdz0ljSNj2r725YH-_tYrbm3FjFgoXnoD/s320/735095_434219876650725_1150798954_n.jpg)
Nukilan rasa khilaf ini ana coretkan agar pengisiannya dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan, tepuk dada tanya iman :-)
Bukalah minda!
Pandanglah kehadapan sana,
Dengan sedalam-dalamnya.
Sedarlah kita ummat Islam!
Agama kita dikotori dengan pendusta,
Oleh manusia-manusia yang berhati durjana,
Bebas dengan rasuah, pecah amanah,
tipu-menipu,
Menjadi amalan “wajib” dalam
kehidupan,
Dimanakah harga diri dan keterampilan
mulia?
Yang selalu digembar-gemburkan oleh,
Manusia yang bermanis mulut,
Menaburkan madah-madah bicara.
Adakah ini menunjukkan lemahnya iman kita?
Atau adakah ini hanya tutur kata,
Yang harus ditulis, dibaca, ditatap,
Namun, hasilnya tidak kita temui…
Syaitan menari keriangan,
Menyambut hebat kedatangan,
Sahabat karibnya yang akan,
Menemaninya di alam baqa’ iaitu neraka
Jahannam!
Yang penuh dengan azab,
Siksa yang pedih lagi mengerikan!
Itulah janji yang telah terpateri,
Antara syaitan dengan Allah Yang Maha
Agung,
Iaitu akan mengheret dan membawa,
Sama ummat manusia yang lemah,
Iman dan longgar ketaqwaannya,
Kepada Allah, untuk menghuni dan menetap,
Kamar yang telah dijanjikan Allah,
Kepada sesiapa yang ingkar akan perintah,
Dan laraganNya…
Cetusan Rasa Khilaf,
Shauqah Imtiyaz
-2009-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan