Isnin, 11 Mac 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.b.t



Salam perjuangan dari ana buat pembaca semua. Alhamdulillah, ini adalah post ana yang kedua dimana kata-kata ini ana nukilankan bersama seorang sahabat yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Ikatan persahabatan yang terbina memerlukan kejujuran serta keikhlasan yang amat tinggi kerana tanpa keduanya, ia menjadi tidak bermakna. Semoga nukilan ini bermakna dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama, insya Allah. Wassalam

Kasih Teman Seperjuangan

Teman,
Hadirmu membawa sinar harapan,
Bersama gemilaunya cahaya kebahagiaan,
Kasih sayangmu meresap sanubari,
Perhatianmu mencengkam kalbu,
Tergugat deria seorang teman sepertiku,
Yang mendambakan perhatian dan,
Belaian mesra usapan tanganmu.
Teman,
Hadirmu hadiah dari Ilahi,
Sebagai penguat ukhuwah yang sepi,
Hadirmu bukan melalaikan,
Bukan jua untuk membiarkan,
Diam melihatku terus terhanyut,
Hadirmu bagai bidadari,
Bicaramu ramah penuh berhikmah,
Lagakmu indah wahai muslimah,
Kaulah muslimah, kaulah sahabat.
Teman,
Hadirmu menepis godaan dunia yang palsu,
Kau bisikkan padaku indahnya syurga,
Kau hadirkan cinta di hatiku,
Cinta yang kekal cinta Ilahi, Rabbul ‘Izzati,
Kerana kau seorang sahabat sejati,
Kau mengerti hakikat hakiki,
Bahawa dunia bukan yang dicari,
Ia hanya mardhatillah yang diimpi….


Hasil Nukilan,
Shauqah Wa Fa_Adden,
-2009-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalam Kasih, Bertasbih Rindu Buat Insan Dikasihi, Muslimahku.

  Sahabat, hadirmu amat kudambakan... Kerana hadirmu mengenalkan daku erti sebuah pengorbanan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa. K...