Assalamualaikum w.b.t.alhamdulillah,sudah selesai membuat blog dengan bantuan sahabat sebilik. Ini adalah karya ana yang dibuat semasa zaman persekolahan dahulu. Semoga ianya boleh dijadikan peringatan serta sama-sama muhasah diri untuk kemaslahatan bersama, amin..
Hiasi diri dengan malu,
Lingkari ia dengan iman & taqwa,
Pagarilah ‘mahkotamu’ dengan duri
al-Quran,
InsyaALLAH selamat, Fii Daaraini.
Indahnya hidup bersama akhlak
Islamiyyah,
Menjadi benteng daripada serangan musuh,
Musuh batin mahupun musuh hakiki,
Yang sentiasa membawa kepada
kemungkaran,
dan kebinasaan.
Akhlak Islamiyyah penghubung dua jiwa,
Jiwa hamba dan sifat PenciptaNya,
Menjadi satu ikatan yang kekal
abadi,utuh!
Yang tidak dapat dileraikan &
ditembusi oleh sesuatupun.
Indahnya akhlak Rasul yang tercinta,
Akhlaknya indah bagai al-Quran al-Karim,
Menerangi segenap ruang duniawi,
Menjadi cahaya pembimbing ummah!
Wahai syabab harapan agama,
Jauhilah ketempangan peribadi,
Yang bisa mencelakakan dirimu,
Ke lembah kehinaan.
Pandang & bangkitlah ke hadapan,
Berubah & bermuhasabahlah sebelum
terlambat,
Selagi pintu taubat masih terbuka luas,
Bagi insan yang sedar akan
kekhilafannya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan